Setiap ibu bapa mendambakan masa depan yang cerah buat anak-anak, khususnya peluang melanjutkan pengajian ke menara gading. Namun, di sebalik impian itu, perancangan kewangan yang rapi juga perlu diberi perhatian bagi memastikan mereka mempunyai persediaan mencukupi apabila tiba masanya melanjutkan pelajaran.
Menjadi ‘superhero’ sebenar dalam kehidupan anak bukan sekadar memberikan perlindungan dan kasih sayang setiap hari, tetapi turut melibatkan usaha menyediakan asas kewangan untuk masa depan mereka.
Menyedari kepentingan tersebut, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneruskan inisiatif memperkasa budaya menabung menerusi Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2026 yang membawa tagline ‘Jom Jadi Superhero Anak Anda!’.
Budayakan simpanan pendidikan sejak awal melalui BMS 2026
Memasuki tahun kesembilan penganjurannya sejak 2018, BMS kekal sebagai program signature PTPTN untuk memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan merancang kewangan pendidikan anak-anak sejak awal usia.
Berlangsung dari 29 September 2026 hingga 1 November 2026, program bertemakan ‘Under the Sea’ ini mengangkat kehidupan dan pendidikan anak-anak sebagai sebuah pengembaraan yang penuh cabaran serta penemuan baharu.
Seperti pengembaraan di dasar lautan yang memerlukan persediaan rapi, perjalanan anak-anak menuju kejayaan juga memerlukan sokongan ibu bapa. Justeru, simpanan pendidikan menerusi Simpan SSPN boleh menjadi antara langkah awal untuk membantu mereka merealisasikan impian.
Kurangkan kebergantungan kepada pinjaman

PTPTN turut berusaha mentransformasikan minda masyarakat daripada bergantung kepada pinjaman pendidikan kepada budaya menyimpan sebagai persediaan untuk masa depan.
Menerusi Simpan SSPN, ibu bapa boleh membina tabungan pendidikan anak-anak secara konsisten mengikut kemampuan kewangan masing-masing.
Langkah ini bukan sahaja membantu menyediakan dana bagi menampung keperluan pendidikan tinggi, malah berpotensi mengurangkan kebergantungan anak-anak terhadap pinjaman apabila melanjutkan pengajian kelak.
Secara tidak langsung, ibu bapa dapat membantu meringankan beban kewangan anak-anak selepas tamat pengajian, sekali gus memberikan mereka ruang untuk memulakan kehidupan selepas graduasi dengan perancangan kewangan yang lebih baik.
Simpan SSPN tawar pelbagai manfaat untuk perancangan pendidikan
Bagi menggalakkan lebih ramai masyarakat memulakan tabungan, Simpan SSPN menawarkan pelbagai keistimewaan yang boleh dimanfaatkan oleh pendeposit.
Antaranya termasuk:
- Pelepasan taksiran cukai pendapatan: Atas simpanan sehingga RM8,000 setahun.
- Perlindungan takaful: Disediakan kepada pendeposit.
- Geran Sepadan sehingga RM10,000: Ditawarkan secara percuma kepada satu keluarga yang memenuhi syarat kelayakan.
- Dividen kompetitif: Memberikan pulangan kepada simpanan pendeposit.
- Simpanan dijamin kerajaan: Memberikan keyakinan kepada masyarakat untuk menyimpan.
- Patuh Syariah: Pengurusan simpanan berlandaskan prinsip Syariah.
Selain manfaat tersebut, PTPTN turut mempergiat pelbagai kempen bagi menyemarakkan amalan menabung, termasuk Kempen Cabutan Simpan SSPN 2026.
Menerusi kempen ini, hadiah bernilai hampir RM1.9 juta menanti seramai 1,060 orang pemenang. Inisiatif tersebut turut menjadi dorongan kepada masyarakat untuk terus membudayakan amalan menyimpan demi masa depan pendidikan anak-anak.
AI beri nasihat, tapi keputusan di tangan kita
Bersempena Sambutan Hari Tabungan Sedunia atau World Savings Day yang diraikan pada 31 Oktober setiap tahun, turut mengetengahkan tema ‘AI advises, Human decides’.
Tema ini memberi penekanan terhadap peranan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam membantu individu membuat perancangan kewangan yang lebih baik.
Walau bagaimanapun, penggunaan teknologi sahaja tidak mencukupi tanpa kesedaran, disiplin dan komitmen individu untuk mengurus kewangan dengan bijak.
Hal ini menunjukkan bahawa keputusan untuk menabung tetap bergantung pada diri sendiri. Sebanyak mana pun panduan yang diperoleh melalui teknologi, usaha menyimpan secara konsisten perlu bermula dengan tindakan setiap individu.
Banyak aktiviti menarik meriahkan BMS 2026

Bukan sekadar kempen kesedaran, penganjuran BMS 2026 turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk disertai ibu bapa dan anak-anak sepanjang program berlangsung.
Antaranya termasuk Pertandingan Mewarna, Pertandingan Koir Simpan SSPN, Pertandingan Simpan SSPN Got Talent dan Pertandingan Pakaian Beragam.
Pengunjung juga berpeluang menyertai aktiviti seperti Memory Challenge, Happy Hour serta Teroka & Teka yang memberikan pengalaman menyeronokkan buat seisi keluarga.
Malah, mereka yang berkunjung ke kaunter PTPTN turut berpeluang mendapatkan tabung edisi khas BMS 2026 dan cenderahati eksklusif menerusi penabungan dalam Simpan SSPN.
Kemuncak program menyaksikan Majlis Penutup BMS 2026 dan Sambutan Hari Tabungan Sedunia berlangsung pada 31 Oktober 2026 di Alamanda Shopping Centre, Putrajaya.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengerusi PTPTN, YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, yang turut menyampaikan sijil penghargaan kepada rakan strategik BMS 2026 serta hadiah kepada pemenang Pertandingan Koir Simpan SSPN yang julung kali dianjurkan oleh PTPTN.
Kutipan simpan SSPN 2026 cecah RM267.7 juta
Usaha menggalakkan budaya menabung turut memperlihatkan pencapaian memberangsangkan apabila jumlah deposit Simpan SSPN sehingga 30 September 2026 mencecah RM26.07 bilion, melibatkan sebanyak 7.74 juta akaun.
Menurut Pengerusi PTPTN, YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, kutipan deposit sepanjang tempoh kempen BMS 2026 dari 25 September hingga 29 Oktober 2026 pula berjumlah RM267.7 juta.
Jumlah tersebut mencapai 107.10 peratus daripada sasaran kutipan sebanyak RM250 juta, sekali gus memperlihatkan sambutan positif masyarakat terhadap usaha menyediakan simpanan pendidikan anak-anak.
Pencapaian ini juga mencerminkan kesungguhan PTPTN dalam memperkukuh peranan Simpan SSPN sebagai salah satu instrumen simpanan pendidikan untuk membantu ibu bapa membuat persediaan kewangan lebih awal.
Hakikatnya, menjadi wira dalam kehidupan anak-anak tidak semestinya memerlukan pengorbanan yang besar dalam satu masa. Sebaliknya, langkah kecil yang dilakukan secara konsisten mampu memberikan manfaat bermakna untuk masa depan mereka.
Jadi, apa kata mulakan langkah pertama hari ini dengan merancang simpanan pendidikan anak-anak menerusi Simpan SSPN?
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal rasmi PTPTN di http://www.ptptn.gov.my atau menggunakan aplikasi myPTPTN bagi mendapatkan perkhidmatan yang lebih mudah, cepat dan selamat.
The post Jadi Wira Impian Anak: BMS 2026 Semarakkan Budaya Menabung Sempena Hari Tabungan Sedunia first appeared on OHBULAN!.





