Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mengimbas kembali detik awal ketika dia mula jatuh hati dengan isteri tercinta iaitu penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syed Saddiq Larang Panggil Ara Dengan Gelaran ‘Tempoyot’
Perkongsian Syed Saddiq

Pemilik nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 34, itu berkata, dia mula jatuh hati terhadap Bella semasa mereka menjayakan sebuah kolaborasi bersama di negeri Sabah.
Menurut Syed Saddiq, keperibadian Bella sebagai ibu dan keprihatinannya terhadap masyarakat di negeri itu telah membuatkan dia berasa kagum dan jatuh cinta.
Selepas dua hingga tiga bulan pergi ke beberapa buah negeri, apabila datang ke Sabah saya rasa sesuatu yang luar biasa. Bila ‘touch down’ sahaja, terus bermula rasa cinta.
Ketika pergi dari pulau ke pulau, saya dapat mengenali Bella dan keluarganya dengan lebih rapat.
Sejak itu saya nampak sisi berbeza Bella, bukan sekadar pelakon dan penyanyi, tetapi kasih sayangnya terhadap anak-anak serta ketulusan hatinya menyantuni masyarakat dari kampung ke kampung.
Syed Saddiq berkongsi mengenai perkara itu ketika berucap pada majlis Kenduri Rakyat yang berlangsung di Padang Merdeka, Kota Kinabalu pada Sabtu.
Dalam masa yang sama, Syed Saddiq juga menyifatkan kehadiran Bella sebagai pelengkap hidup dan antara sumber kebahagiaannya.
Tapi yang lebih penting adalah untuk memperkenalkan saya kepada dunia di luar kerjaya profesional politik.
Bila pergi ke Parlimen, mereka kata saya selalu senyum. Mana tidaknya, sudah berkahwin dan isteri pula Bella Astillah.
Saya harap tempoh bulan madu ini akan berkekalan sampai bila-bila.
Untuk info, Syed Saddiq dan Bella selamat disatukan sebagai suami isteri menerusi majlis akad nikah yang berlangsung di Menara Merdeka 118 pada 10 Oktober lalu.
Sumber: Threads
The post [VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’ first appeared on OHBULAN!.





