Penyanyi dan pelakon, Alif Satar mengimpikan untuk memiliki sebuah rumah kampung dengan suasana tenang bersama keluarganya.
Artikel Berkaitan: Isteri Alif Satar Selamat Bersalin, Timang Cahaya Mata Keempat Pada 2 Syawal
Artikel Berkaitan: ‘Mungkin Subuh Raya Kedua Isteri Saya Akan Bersalin’ – Alif Satar Bakal Timang Cahaya Mata Keempat
Rumah kampung

Kata Alif, rumah kampung itu bukan sekadar rumah tetapi syurga kecil buat keluarganya.
Bercerita lanjut, Alif berkongsi keinginan dan gambaran suasana kampung yang diidamkannya selama ini, di mana kehidupan sederhana dipenuhi kehijauan.
Nak cari rumah kampung. Yang ada tanah untuk tanam sayur, bela kambing, ayam dan itik.
Pokok-pokok yang besar dan gua batu kapur di belakang yang akan memantulkan cahaya matahari waktu senja.
Ada kolam ikan dekat tengah, boleh memancing dengan anak-anak.
Berbeza dengan kehidupan di bandar, Alif turut mengidamkan kehidupan tenang yang jauh daripada kesibukan kota.
Fuh! Bila hampir waktu solat, mula pasang 911 klasik, memandu ke masjid kena sampai awal sebab masa tu aku dah jadi bilal kampung.
Sumber: Threads
The post Alif Satar Impikan Kehidupan Tenang Di Rumah Kampung – ‘Bila Waktu Solat Dah Dekat, Drive Pergi Masjid’ first appeared on OHBULAN!.





