31.6 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Laporan Polis Didakwa Tersebar, Peguam Nasihat Cik Epal Lapor Kepada JIPS – ‘Kes Masih Dalam Siasatan’

    Shopee Sale



    Laporan polis yang dibuat oleh pempengaruh, Cik Epal berkenaan bekas suaminya, Jofliam didakwa tersebar di media sosial selepas pergaduhan yang berlaku antara mereka pada Isnin lalu.

    Laporan tersebar

    Laporan tersebut didakwa disebarkan Jofliam menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) namun telah dipadam setelah mendapat kecaman orang ramai.

    Sedar dengan perkara yang berlaku, peguam Nur Aminahtul Mardiah Md Nor menjelaskan mana-mana individu tidak boleh menyebarkan laporan polis yang dibuat oleh pihak lain.

    Menerusi perkongsian di TikTok, Aminahtul berkata kedua-dua pihak akan dapat melihat laporan masing-masing sekiranya kes dibawa ke mahkamah.

    Awak boleh dapat laporan polis apabila kes dibawa ke mahkamah contoh dipertuduhkan kemudian diserahkan melalui seksyen 51A kanun prosedur jenayah.

    Memang semua dokumen termasuk laporan polis, laporan tangkap dan segala dokumen perbicaraan diserahkan kepada peguam ataupun tertuduh dalam kes tersebut.

    Selepas itu, baru boleh tengok laporan polis yang dibuat oleh pihak lain (yang bukan dibuat oleh diri sendiri).

    Tetapi kes masih siasatan, pihak sebelah sana iaitu Jofliam dah dapat laporan itu. Siapa yang bagi?

    Mengulas lebih lanjut, Aminahtul berkata Jofliam tidak mempunyai hak untuk berkongsi laporan tersebut kerana ia adalah perkara sulit.

    MENARIK:  [VIDEO] #OBTryBendaBaru: Bagaimana Masyarakat Menilai Penampilan Lelaki, Sopan atau Tidak?

    Dalam pada itu, Aminahtul turut menasihati pemilik nama Nur Munirah Mahmood supaya melaporkan kejadian itu kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) atas ketidaktelusan daripada pihak yang terlibat.

    Cik Epal perlu laporkan kepada JIPS dan IPCC iaitu badan yang menyiasat ketirisan ataupun salah laku polis.

    Kalau betul tiada individu yang bagi akses ataupun individu cetak, daripada mana pihak sana dapat?

    Jofliam tidak mempunyai hak untuk kongsi laporan polis Cik Epal kerana itu bukan laporan dia.

    Sebelum ini, hangat di media sosial berkenaan Jofliam berkongsi laporan polis yang didakwa milik Cik Epal berkaitan persengketaan yang berlaku antara mereka ketika bekas isterinya mengambil barang di rumahnya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah