30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Album SA25 Ini Jurnal Hidup Saya, Mencerminkan Fasa & Situasi Berbeza Yang Saya Lalui’ – Shila Amzah

    Shopee Sale

    Penyanyi Shila Amzah, kembali menggegarkan industri muzik dengan pelancaran album terbaharunya yang berjudul ‘SA25’.

    Artikel Berkaitan: ‘Pada Usia Berapa Pun, Mereka Berhak Bahagia’ – Shila Amzah Syukur Lihat Ibu Temui Cinta Baharu

    Artikel Berkaitan: ‘Tetaplah Nak Harga Pakej Suami Isteri, Kami Bukan Beli Satu Percuma Satu’ – Shila Amzah

    Album SA25

    Album ini bukan sekadar koleksi lagu, tetapi satu naskhah istimewa yang menjadi simbolik kepada perjalanan 25 tahun Shila sebagai anak seni sejak kemunculan pertamanya pada tahun 2000.

    Memuatkan 15 trek secara keseluruhan, album ini terdiri daripada 10 lagu baharu, satu lagu ‘remake’ dan empat ‘bonus track’.

    ‘SA25’ membawa pendengar menyelusuri fasa-fasa penting dalam hidup dan kerjaya Shila. Ia adalah sebuah naratif muzik yang sarat dengan emosi, menggambarkan kematangannya sebagai penyanyi, komposer dan penulis lirik.

    Turut menggabungkan sentuhan beberapa nama besar iaitu Izzy Musa, Raja Nazrin Shah dan Ubai sendiri sebagai penulis lirik.

    SA itu mewakili nama saya, Shila Amzah, manakala 25 merujuk kepada ulang tahun saya bergelar anak seni. Ini adalah fasa terbaik dalam hidup dan kerjaya saya.

    Shila menyifatkan album ini sebagai ‘jurnal hidupnya’, di mana setiap lagu membawa mesej kebangkitan daripada pelbagai ujian hidup seperti trauma, kecurangan, kesedihan, dan kehilangan. 

    Album ini bukan sekadar kompilasi lagu, tetapi jurnal hidup saya. Setiap lagu mencerminkan fasa dan situasi berbeza yang saya lalui.

    Walaupun bekerjasama dengan beberapa komposer yang berlainan, DNA muzik saya tetap dikekalkan.

    Cabaran hasilkan ‘Sirna Hati’

    View this post on Instagram

    A post shared by Nova Music Malaysia (@novamusicmy)

    Sementara itu, pelantun lagi Memori Tercipta ini akui antara naskhah yang paling mencabar untuk disiapkan dalam album ini ialah ‘Sirna Hati’ kerana ianya meripakan kisah benar mengenai penderaan emosi dan fizikal yang pernah dialaminya.

    Menulisnya seakan menghidupkan semula memori yang sukar. Namun, Ubai (suami) yang banyak membantu dalam proses menyiapkan lagu ini.

    Ubai galakkan saya menulis untuk menutup buku lama ibarat menulis diari dan kemudian menutupnya untuk selamanya.

    Sementara, lagu yang paling dekat di hati saya pula adalah ‘Kamu’, ‘Untukmu’ ditulis khas buat suami), dan ‘Pernah Punya Aku’ yang walaupun bukan kisah diri saya, namun berlaku di depan mata dan memberi kesan mendalam.

    Pada masa sama, Shila juga merancang jelajah ‘SA25’ dan akan mengumumkannya dalam masa terdekat. Konsert terdekat Shila bakal berlangsung pada 9 Mei 2026 di Dewan Filharmonik Petronas (DFP).

    Saya berharap album ini diterima baik, memberi kekuatan kepada para pendengar, dan meninggalkan impak positif di dalam dan luar negara. Semoga setiap lagu ada tempatnya di hati peminat.

    Album ‘SA25’ adalah usahasama antara Nova Music Malaysia dan Leo Music & Entertainment, boleh didapati dalam bentuk fizikal dan di semua platform digital mulai 25 November 2025. 

    MENARIK:  [VIDEO] Netizen Rindu Nak Tengok Gandingan ‘Bollywood’ Dengan Afifah Nasir, Syafie Naswip Respon – ‘Tak Boleh, Masing-Masing Dah Kahwin’

    Video muzik rasmi untuk single kedua, ‘Tinggal Kenangan’, juga boleh ditonton di saluran YouTube ‘Nova Music Video’.

    The post ‘Album SA25 Ini Jurnal Hidup Saya, Mencerminkan Fasa & Situasi Berbeza Yang Saya Lalui’ – Shila Amzah first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah