30.8 C
Kuala Lumpur
Monday, June 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Akui Tidak Mudah Hadap Putus Cinta, Sufian Suhaimi Kongsi Cara ‘Move On’

    Shopee Sale



    Penyanyi Sufian Suhaimi mengakui tidak mudah untuknya meneruskan kehidupan selepas mengalami fasa putus cinta.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Sufian Suhaimi Sahkan Hubungan Cinta Dengan Rania Sudah Berakhir – ‘Tidak Sehaluan, Cincin Risik Sudah Dipulangkan’

    Artikel berkaitan: Teman Wanita Sufian Suhaimi Kongsi Pasal ‘Men With Haya’, Saling ‘Unfollow’ Di Instagram?

    Menerusi temu bual bersama radio Hot FM, Sufian atau lebih mesra disapa Pian, 32, berkata perasaan itu boleh dirawat dengan cara menyibukkan diri.

    Putus cinta ke berpisah ke, ini memang satu benda yang tak mudah untuk semua orang. Bila kita kehilangan orang yang kita sayang memang dia mencabar tapi tak mustahil untuk kita jadi okay balik.

    Cuma macam mana kita teruskan kehidupan. Antaranya macam kita kena sibukkan diri. Itu macam cara saya.

    Menurut Sufian, dengan cara menyibukkan diri dia dapat melupakan kisah lama bersama bekas kekasih.

    Kalau kita macam duduk sorang-sorang. Macam saya duduk sorang-sorang dekat rumah. Kalau macam duduk rumah je terbaring, sedih, tengok gambar. Lepas tu baca balik mesej-mesej lama, itu memang akan merosakkan lagi diri kita.

    Jadi cara yang terbaik adalah untuk buang segala memori-memori yang kita ada dengan dia dan juga sibukkan diri lah. Buat lah apa pun. Cari hobi baru ke. Kalau hobi awak muzik, buat muzik.

    Kalau hobi tanam pokok, tanam pokok. Kalau macam tak ada hobi, pergi keluar dan berjumpa dengan orang sebab bila kita jumpa dengan orang ni kita akan dapat energi yang positif.

    Sekadar info, Sufian memaklumkan dirinya sudah kembali solo dan membatalkan niat untuk mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Rania Al-Sadat.

    MENARIK:  Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan 2021-2025 Perkasa Kemampuan Wanita Dalam Dunia Sukan!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah