33.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    BN enggan terlajak yakin, mahu anggap parti ‘underdog’

    Shopee Sale

    PRN JOHOR | BN menganggap parti itu sebagai 'underdog' dan tidak akan memandang remeh kempennya meskipun proses pencalonan bagi semua 56 kerusi berjalan lancar dengan kehadiran penyokong yang ramai.

    Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi yang juga calon kerusi DUN Machap berkata BN akan terus berusaha keras dan mendekati seberapa ramai pengundi yang mungkin menjelang hari pengundian pada 11 Julai.

    "Oleh kerana kami bukan kerajaan Persekutuan, kami menganggap diri kami sebagai 'underdog'.

    “Kami akan berusaha keras untuk bertemu dengan seberapa ramai Bangsa Johor yang boleh," katanya kepada media ketika ditemui pada sesi beramah mesra bersama penduduk Flat Saujana, di Johor Bahru hari ini.

    Onn Hafiz berkata momentum sokongan kepada calon BN menunjukkan tanda positif dan berharap ia akan berterusan sebelum seterusnya diterjemahkan kepada kemenangan parti itu.

    Pada masa sama dia berharap agar perjalanan PRN Johor kali ini berlangsung dalam suasana baik dan tenteram.

    MENARIK:  VIP, ahli politik tak bayar cukai jalan cecah RM35.7 juta

    “Kerana saya rasa itulah cara Johor. Kita teruskan untuk menjaga keharmonian supaya demokrasi yang kita nak suburkan dan terus suburkan di Johor dapat kita laksanakan dengan baik,” katanya.

    Sementara itu Onn Hafiz berkata Manifesto Tekad BN Johor yang dilancarkan pada 26 Jun lalu dan menggariskan 63 tekad adalah kesinambungan daripada segala inisiatif dilaksanakan kerajaan negeri selama ini.

    “Ada pelbagai inisiatif yang kita teruskan dari segi agenda perumahan, agenda Orang Muda Johor serta bantuan Kasih Johor.

    “Kalau dulu kita buat program Semarak Subuh, insya-Allah apabila (BN) menang nanti kita nak buat Semarak Isyak pula. Jadi, itulah kesinambungan kepada apa yang telah kita laksanakan,” katanya.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian awal PRN Johor pada 7 Julai, manakala hari pengundian adalah pada 11 Julai.

    Bagi mendaparkan berita terkini tentang PRN Johor ke-16, boleh layari

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah