29 C
Kuala Lumpur
Monday, June 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan 2021-2025 Perkasa Kemampuan Wanita Dalam Dunia Sukan!

    Shopee Sale

    Korang tahu tak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melancarkan Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan 2021-2025?

    Pelan ini merupakan sebuah pelan untuk meperkasakan wanita di arena sukan.

    Ianya merupakan satu tindakan berani yang diambil oleh KBS untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam sukan untuk mewujudkan ekosistem sukan yang lebih inklusif.

    Min tahu ramai yang belum cakna mengenai Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan 2021-2025, tapi korang kena tahu yang banyak pencapaian dan perubahan telah berjaya dilaksanakan.

    Jom min kongsi dengan korang pencapaian pelan tindakan ini untuk atlet, jurulatih, pegawai teknikal, dan pentadbir sukan wanita sepanjang tahun 2024.

    1. Meningkatkan bilangan atlet, jurulatih, pegawai teknikal dan pentadbir sukan wanita

    Terbahagi kepada beberapa teras, salah satu teras utama Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan 2021-2025, adalah meningkatkan bilangan atlet wanita, jurulatih, pegawai teknikal, dan pentadbir sukan.

    Pada tahun 2024, KBS berjaya mencapai 80% daripada 45 inisiatif yang dirancang. Ini mendorong kepada peningkatan bilangan jurulatih wanita dan pegawai teknikal dalam pelbagai acara sukan.

    Selain itu, sistem pembangunan atlet berterusan turut diperkenalkan untuk memastikan para atlet wanita mempunyai peluang yang sama rata dalam mencapai kecemerlangan.

    2. Meningkatkan penyertaan dan penglibatan wanita dalam sukan

    Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan 2021-2025

    Mahu meningkatkan Penyertaan dan penglibatan wanita dalam sukan, teras ini merupakan teras ke-3 dalam Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan 2021-2025.

    Fokus utama teras ini adalah untuk mencungkil bakat baharu daripada wanita di seluruh negara, dari pelbagai lapisan masyarakat.

    Tak kira sama ada mereka warga emas, OKU, atau tinggal di luar bandar, peluang untuk terlibat dalam sukan kini semakin terbuka luas.

    Pada tahun 2024, KBS telah melaksanakan pelbagai program sukan luar bandar yang tidak hanya popular tetapi juga membawa satu sentuhan baru untuk wanita.

    Banyak program sukan bukan mainstream turut diperkenalkan. Ini memberi peluang kepada wanita untuk mencuba sesuatu yang baru dan mencabar.

    Keberagaman ini pastinya membuka lebih banyak pintu kejayaan bagi wanita dalam dunia sukan!

    3. Mengintegrasikan teknologi dan inovasi berkaitan wanita dalam sukan

    Di dalam dunia yang serba canggih, keperluan teknologi tak boleh kita abaikan!

    Teras ke-4 Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan 2021-2025,  mahu mengintegrasikan teknologi dan inovasi dalam setiap aspek sukan wanita.

    Inovasi dalam sukan ini membuka ruang baru untuk kajian penyelidikan, pertandingan teknologi peringkat kebangsaan, dan banyak lagi.

    MENARIK:  Irfan Haris ‘Custom-Made’ Songkok Baharu Untuk Majlis Pernikahan Amira & Fattah – ‘Saya Terlebih Excited’

    Pada tahun 2024, kita menyaksikan perkembangan yang menarik dalam bidang teknologi sukan.

    Platform digital dan peralatan sukan pintar kini lebih mudah diakses oleh wanita. Kehadiran peralatan berteknologi bukan sahaja memberikan mereka kelebihan dari segi latihan tetapi turut membantu meningkatkan prestasi atlet wanita di seluruh negara.

    Sebagai contoh, teknologi dalam latihan simulasi dan data analitik kini lebih banyak digunakan untuk meningkatkan strategi latihan atlet wanita.

    4. Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai wanita dalam sukan

    Tanpa kesedaran, sebarang perubahan yang dilakukan tidak akan berkesan. Oleh sebab itulah teras terakhir ini memainkan peranan utama dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai betapa pentingnya peranan wanita dalam dunia sukan.

    Korang kena tahu, KBS tidak hanya ingin wanita dihargai di lapangan sukan, tetapi juga di seluruh platform termasuk media.

    Pada tahun 2024, sudah banyak pencapaian wanita dalam sukan yang telah dipromosikan di media sosial, televisyen, dan platform digital. Dengan ini, lebih ramai masyarakat mula menghargai dan menyokong peranan wanita dalam sukan.

    Pencapaian atlet wanita, jurulatih wanita, serta kepimpinan wanita dalam bidang sukan kini mula mendapat perhatian yang sewajarnya!

    Masih banyak yang akan dicapai pada tahun 2025!

    Masih jauh perjalanan KBS dalam usaha memantapkan peranan wanita dalam bidang sukan.

    Apa yang penting, tahun 2024 menyaksikan 80% pencapaian daripada keseluruhan 45 inisiatif yang digariskan di bawah Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan 2021-2025. Ini adalah satu pencapaian yang sangat memberangsangkan!

    Sebagai contoh, skor Indeks Budaya Sukan Malaysia untuk wanita dijangka mencapai 60 menjelang 2025, kini telah menunjukkan tanda-tanda positif.

    Selain itu, pencapaian dalam memperkasa wanita dalam kepimpinan badan sukan turut berada pada landasan yang betul.

    Sudah tiba masanya kita menyambut perubahan besar dalam dunia sukan negara!

    Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan 2021-2025 bukan sekadar dokumen kosong, tetapi transformasi nyata yang membawa wanita ke depan dalam dunia sukan.

    Dengan sokongan dari pelbagai teras utama yang telah dijalankan pada tahun 2024, kita semakin hampir untuk mencapai sasaran besar menjelang 2025.

    Sukan untuk semua! Peranan wanita terus diperkasa.

    Semoga pencapaian positif ini berterusan dan lebih banyak berita gembira dapat KBS kongsikan.

    The post Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan 2021-2025 Perkasa Kemampuan Wanita Dalam Dunia Sukan! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah