
Anak kepada pelawak Shuib, Talita menyorot perhatian ramai apabila membeli telefon pintar hasil daripada titik peluhnya bekerja sebagai anak seni.
Boleh guna RM1k je

Menerusi perkongsian di TikTok ibu tirinya, Watie Hanifiah berkongsi video memaparkan Talita teruja untuk memiliki telefon pintar daripada jenama Apple, iaitu iPhone 15.
Menurut pemilik nama Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, Talita hanya dibenarkan untuk menggunakan RM1,000 sahaja daripada setiap gaji yang diterima olehnya.
Ini adalah telefon pintar pertama yang dibeli oleh Talita dengan usaha sendiri, bekerja sebagai penyanyi dan melakukan review.
Dia kumpul duit untuk beli telefon kira-kira tiga hingga empat bulan.
Sebenarnya banyak je duit Talita, tetapi hanya boleh gunakan RM1,000 sahaja untuk setiap job yang diterima. Lebihan duit itu kena simpan.
Difahamkan, Watie juga menyumbang wang untuk pembelian telefon Talita memandangkan dia hanya boleh menggunakan sedikit daripada hasilnya bekerja.
Tambah Watie, walaupun Talita sudah mempunyai telefon sendiri namun dia dan Shuib meletakkan syarat memandangkan dia masih kanak-kanak.
Saya dan Shuib benarkan dia ada telefon, tetapi bersyaratlah.
Nak pakai internet masih kena dapatkan kelulusan daripada saya.





