25.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Akhiri Hayat Adik Kandung, Pekerja Ladang Dijatuhi Hukuman Gantung

    Shopee Sale



    Seorang lelaki yang membunuh adik kandungnya empat tahun lalu telah dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi, pada Jumaat.

    Bunuh adik kandung

    Memetik laporan Sinar Harian, tertuduh iaitu K Paramasivam, 49, telah menyebabkan kematian seorang lelaki pada 8 Jun 2020 di sebuah ladang kelapa sawit dekat Rantau, di Seremban.

    Susulan daripada itu, tertuduh yang merupakan pekerja ladang telah dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Difahamkan, hakim, Datuk Rohani Ismail membuat keputusan itu terhadap tertuduh selepas mendengar rayuan mitigasi pihak pembelaan dan hujah pemberat daripada pihak pendakwaan. Beliau memutuskan tertuduh dijatuhkan hukuman gantung pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan kelak.

    Sebelum ini, peguam Raftfizi Zainal Abidin yang mewakili tertuduh memaklumkan anak guamnya itu telah menyesal dengan kesalahan jenayah pertama yang dilakukannya itu.

    Saya cuma mohon untuk satu hukuman penjara ikut budi bicara iaitu 30 tahun.

    Kemudian, Timbalan Pendakwa Raya, Ala’uddin Baharom meminta pihak mahkamah membuat pertimbangan dalam kes kerana ianya pembunuhan melibatkan keluarga.

    Saya mohon hukuman mati kepada tertuduh dan hukuman penjara tidak layak untuk tertuduh kerana mangsa merupakan adik kandungnya.

    Difahamkan, seramai 21 saksi telah dipanggil sepanjang tempoh perbicaraan kes sejak 3 April tahun lalu.

    MENARIK:  [VIDEO] Anak Nangis Bila Tahu Datuk Red Ada Kekasih Lagi Cantik Dari Adira – ‘Ye..Papa Tak Kahwin, Biar Bapak Kau Ni Menduda Sampai Tua’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah