Pempengaruh dan usahawan, Aizat Abdul Razak mengakui berasa hairan apabila keuntungan jualan perniagaan nasi lemak yang diusahakannya hanya mencatatkan RM21, walaupun kesemua makanan habis terjual.
Artikel Berkaitan: Wanns Ahmad Dedah Belanja Ribuan Ringgit Rawat Gangguan Mistik – ‘Pernah Mimpi Ada Orang Tarik Saya Keluar’
Untung lesap

Menerusi perkongsian di TikTok, Aizat meluahkan rasa pelik apabila jumlah keuntungan yang diperoleh jauh menyimpang daripada kebiasaan, sekali gus membuatkan dirinya terfikir tentang punca sebenar perkara tersebut.
Saya hairan ke mana pergi untung jualan. Saya sangat pelik seperti ada yang tidak kena di beberapa bahagian. Kenapa untung hanya RM21 sedangkan lauk dan nasi habis licin jual.
Sekurang-kurangnya mesti untung RM300 paling sedikit. Modal saya keluar RM1,500 tapi untung hanya RM21, sumpah tak logik.
Saya juga tidak pasti di mana silapnya, adakah orang menipu ketika pembayaran QR atau lain-lain. Saya betul-betul tidak tahu.
Berkongsi lanjut, Aizat berkata pada minggu sebelumnya, perniagaan tersebut masih mencatatkan keuntungan yang lebih baik sehingga membolehkannya membuat pelaburan tambahan bagi menaik taraf operasi perniagaan.
Minggu lalu saya dapat untung lebih sedikit, saya beli macam-macam untuk cantikkan kedai. Saya beli lampu tambahan, generator dan banyak lagi.
Dalam pada itu, Aizat turut meluahkan rasa keluh apabila usaha yang dilakukan sebagai majikan dirasakan tidak seiring dengan komitmen sebahagian kakitangan.
Saya juga sedikit geram kerana sebagai majikan saya beri 200 peratus untuk tambah baik perniagaan, tapi staf ramai yang sambil lewa.
Saya sangat tertekan apabila tidak tahu di mana punca sebenar perkara ini berlaku. Kebiasaannya kalau modal RM1,000, jualan boleh mencecah RM1,700 hingga RM1,800. Tapi kali ini ‘short’ sampai lebih RM500.
Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan ramai menasihatkan Aizat supaya membuat semakan terperinci terhadap aliran kewangan, rekod jualan serta sistem pembayaran.
Malah, ada juga yang tidak menolak kemungkinan berlaku unsur penipuan dan perkara mistik.
Sumber: TikTok
The post Aizat Abdul Razak Hairan Untung Jualan Hanya RM21, Tapi Makanan Licin Terjual – ‘Sumpah Tak Logik’ first appeared on OHBULAN!.





