30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Adriana Adnan Tertarik Untuk Ulas Isu Lelaki ‘Songsang’ Dalam Podcast – ‘Bukan Menyokong, Tetapi Mahu Dengar Cerita Mereka’

    Shopee Sale



    Pengacara dan pelakon, Adriana Adnan mahu memberi kelainan dalam saluran podcast ‘Ruang Terbuka’ yang dikendalikan pada musim akan datang.

    Topik songsang

    Kata Adriana, topik yang akan dikupas lebih serius seperti cabaran golongan homoseksual mengharungi ujian hidup.

    Kelainan yang mahu dibawa untuk musim kedua mungkin akan membincangkan topik yang agak berat.

    Sebab banyak DM yang saya terima cerita tentang permasalahan peribadi seperti lelaki yang mempunyai perasaan kepada lelaki (homoseksual) atau songsang.

    Saya mahu dengar cerita dari individu yang mempunyai masalah itu, apa yang mereka lalui dan cabaran serta kecaman yang mereka terima.

    Adriana berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran program temu bual Tiga Is3 yang diadakan di Restoran Majapahit, Mont Kiara, baru-baru ini.

    Tidak menghukum golongan songsang, Adriana sebaliknya menganggap sudah tertulis ujian buat mereka yang mempunyai naluri menyukai kaum sejenis.

    Saya tak pernah menilai mereka yang berdepan masalah itu kerana saya anggap itu ujian mereka.

    Setiap manusia ada ujian masing-masing. Saya bukan menyokong golongan tersebut, tetapi mahu memahami situasi mereka sahaja.

    Dalam pada itu, Adriana memberitahu, dia akan mengelak daripada membincangkan isu sensitif dalam saluran podcast tersebut kerana tidak mahu membuat ‘saham’ dosa.

    Saya tidak mahu platform saya tempat orang tabur dosa. Saya kalau boleh nak jernihkan keadaan.

    Sesiapa yang nak datang ke podcast saya untuk jernihkan keadaan atau bersihkan nama mereka, dipersilakan. Supaya orang boleh dengar penjelasan daripada tuan empunya badan sendiri.

    Program temu bual Tiga IS3 akan berkongsi banyak kisah menarik tentang rumah tangga dan kehidupan seharian Adriana bersama dua lagi hos iaitu Uyaina Arshad dan Syamim Freida.

    MENARIK:  Jangan Lepaskan Peluang Cuti-Cuti Hebat di MATTA Fair 2025 Bersama RHB & Mitra!

    Diterbitkan oleh FYP Media, Tiga IS3 sudah mula ditayangkan pada 22 September bersempena Wife Appreciation Day yang disambut pada minggu ketiga bulan September.

    Sebagai permulaan, tiga episod akan ditayangkan setiap hari Ahad, jam 5 petang menerusi YouTube FYP Media.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah