25.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Segunung Emas, Sambung Pengajian & Pakej Umrah Antara Hantaran Syed Saddiq Buat Bella Astillah

    Shopee Sale

    Hantaran pernikahan pasangan merpati dua sejoli, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan penyanyi, Bella Astillah berkonsepkan tujuh berbalas sembilan menyorot perhatian orang ramai.

    Artikel Berkaitan: Bella Astillah, Syed Saddiq Sah Bergelar Suami Isteri

    Artikel Berkaitan: Menjelang 10 Oktober, Bella Astillah & Syed Saddiq Bicara Tentang Hidup Selepas Lafaz Akad

    Hantaran Syed Saddiq

    View on Threads

    Bertemakan ‘Growing Old Together’ atau menua bersama, pemilik nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 34, menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh aktres tersebut.

    Apa yang menarik perhatian adalah hantaran yang diberikan oleh Saddiq iaitu segunung emas berupa Gunung Kinabalu dan cincin sebagai bentuk pelaburan emas di masa hadapan.

    Bukan sekadar hantaran biasa, Saddiq turut menghadiahkan sesuatu yang cukup bermakna buat Bella apabila merealisasikan impian isterinya itu untuk melanjutkan pengajian di Taylor’s University.

    MENARIK:  TikTok Shop 11.11 Mega LIVE Showdown Cipta Sejarah! Berjaya Tarik 5 Juta Penonton & Hasilkan 80,000 Pesanan Dalam Tempoh Empat Jam

    Dalam pada itu, Saddiq turut menyediakan caruman KWSP i-Simpan berjumlah RM100,000 serta perlindungan insurans kesihatan, nyawa dan penyakit kritikal menerusi PruBSN untuk Bella dan kedua-dua anaknya.

    Lebih istimewa, Saddiq turut menghadiahkan pakej umrah buat Bella selain membina gimnasium khas untuk keluarga di kediamannya serta menyediakan kerusi urut dan basikal.

    Sementara itu, pihak Bella pula membalas hantaran dengan memberikan sebentuk cincin, kasut, coklat serta beberapa barangan lain.

    Terdahulu, Saddiq dan Bella selamat disatukan sebagai suami isteri menerusi majlis akad nikah yang berlangsung di Menara Merdeka 118, sebentar tadi.

    Bella, 32, dilaporkan dinikahkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

    The post Segunung Emas, Sambung Pengajian & Pakej Umrah Antara Hantaran Syed Saddiq Buat Bella Astillah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah