30.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tonton Lancar ‘Voices That Matter Pack’, Himpun Dua Filem Kisah Nyata Sambil Beramal

    Shopee Sale

    Platform penstriman, Tonton memperkenalkan pakej khas ‘Voices That Matter Pack’ yang menghimpunkan dua karya dokumentari berimpak tinggi, No Other Land dan The Voice of Hind Rajab.

    Artikel Berkaitan: 223 Pemenang Kempen ‘Tonton Non Stop, On Top’ Diumumkan, Rebut Peluang Seterusnya Di Pusingan 2

    Pakej khas

    Inisiatif ini bukan sahaja mengetengahkan kisah benar dan perjuangan kemanusiaan di Palestin, malah memberi ruang kepada penonton untuk menyumbang secara langsung kepada mangsa konflik menerusi setiap tontonan.

    Bermula 30 September, kedua-dua filem berkenaan boleh ditonton menerusi servis Transactional Video on Demand (TVOD) di Tonton pada harga RM15 bagi satu pakej.

    Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1 daripada setiap transaksi akan disalurkan terus ke Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima.

    Dalam pakej tersebut, ia menampilkan No Other Land, pemenang Filem Dokumentari Terbaik di Anugerah Akademi (Oscars) 2025, yang membuat tayangan sulung di Malaysia secara eksklusif di Tonton.

    Dokumentari itu merakamkan keberanian aktivis Palestin, Basel Adra dalam mendokumentasikan kemusnahan kediaman serta pengusiran penduduk di Masafer Yatta, Tebing Barat.

    MENARIK:  ‘Dari Segi Persembahan Memang Tak Sesuai Saya Dengan Dia’ – Stacy

    Filem ini turut menyorot jalinan kerjasama dan persahabatan merentasi latar belakang antara Basel dan seorang wartawan penyiasatan Israel, Yuval Abraham, dalam mempertahankan hak komuniti setempat.

    Sementara itu, The Voice of Hind Rajab memaparkan detik memilukan menimpa kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang terperangkap di dalam sebuah kenderaan di Gaza pada 29 Januari 2024 susulan serangan ke atas keluarganya.

    Karya ini dibina berasaskan rakaman audio panggilan kecemasan sebenar kepada Persatuan Bulan Sabit Merah, menelusuri saat-saat cemas Hind merayu bantuan serta usaha getir para petugas kecemasan yang berjuang untuk menyelamatkannya.

    Kedua-dua naskhah ini mengangkat pendekatan naratif yang mendalam dan berani, sekali gus membawa penonton menyelami realiti sebenar serta ketabahan jiwa manusia di sebalik tajuk-tajuk berita global.

    Penonton yang ingin menyaksikan Voices That Matter Pack boleh melanggan pakej khas ini menerusi aplikasi Tonton atau dengan melayari laman sesawang rasmi di tonton.com.my.

    The post Tonton Lancar ‘Voices That Matter Pack’, Himpun Dua Filem Kisah Nyata Sambil Beramal first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah