31.6 C
Kuala Lumpur
Friday, October 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ain Edruce Terkejut Tahu Harga ‘Grandstand’ F1 Tak Sampai RM8,000

    Shopee Sale

    Niat murni pelakon dan pengacara popular, Ain Edruce yang mahu memberikan kejutan istimewa buat suami, Amirul Hafiz bertukar menjadi momen melucukan apabila dia tanpa sengaja membeli tiket perlumbaan Formula 1 (F1) pada harga luar biasa.

    Artikel Berkaitan: Ain Edruce Kongsi Cabaran ‘Putus Susu’ Anak – ‘Dalam Shower, Atas Katil Aku Menangis’

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Terkejut Budak Kecil Sudah Pandai Guna Perkataan Kasar’ – Ain Edruce

    Tiket F1

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, Ain mengakui dia sebenarnya tidak mempunyai pengetahuan mendalam mengenai sukan permotoran berprestij itu apatah lagi mengenai selok-belok harga tiketnya.

    Bercerita lanjut, Ain berkata pada mulanya berasa teruja dan tidak sabar mahu menggembirakan suaminya yang mesra disapa Mirul.

    Saya rancang nak beri kejutan kepada Mirul, beli tiket F1. Saya tidak tahu langsung pasal F1.

    Saya tengok tiket banyak dah habis terjual jadi saya cepat-cepat buka Viagogo dan beli. Rasa tak sabar nak beri kejutan dekat dia.

    Bagaimanapun, kejutan itu bertukar menjadi tragedi lucu apabila Mirul terkejut bukan kerana tiket tersebut, tetapi kerana melihat harga yang dibayar hanya untuk tempat duduk di grandstand.

    MENARIK:  #ThrowbackXTRA: Putri Aleeya Kenang ‘Daddy-Daughter Trip’ Ke London Bersama Awie

    Kata Ain, perasaannya bertambah hancur apabila mengetahui bahawa harga tiket sebenarnya tidaklah semahal yang disangka.

    Malah, terdapat reseller yang menawarkan tiket pada harga yang jauh lebih murah.

    Saya pun beri dia tiket itu tapi dia memang betul-betul terkejut, bukan sebab tiket tapi sebab harga yang saya beli.

    Saya beli Grandstand sahaja tapi harga RM8,000 untuk dua orang.

    Saya baru tahu harga tiket tak mahal seperti itu. Buka Threads lagi sedih, tiket reseller jual murah-murah.

    Sumber: Threads

    The post Ain Edruce Terkejut Tahu Harga ‘Grandstand’ F1 Tak Sampai RM8,000 first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah