26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Afgan Kembali Ke Kuala Lumpur Dengan ‘Afgan Retrospektif Showcase’ – ‘Saya Mahu Setiap Lagu Memberi Makna & Memori’

    Shopee Sale

    Penyanyi tersohor Indonesia, Afgan, bakal kembali menghiburkan peminat di Malaysia menerusi showcase istimewa berjudul Afgan Retrospektif Showcase yang dijadualkan berlangsung pada 5 Disember 2025 di Zepp Kuala Lumpur.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Mahu Berkahwin Kerana Allah, Cinta Sahaja Tidak Cukup’ – Afgan

    Perjalanan karier muzik

    Showcase ini bertepatan dengan pelancaran album terbaharu Afgan yang turut diberi judul Retrospektif.

    Menurut Afgan, judul itu dipilih kerana ia mencerminkan perjalanan hidup dan kerjayanya sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini.

    Makna Retrospektif bagi saya adalah momen untuk melihat kembali apa yang sudah terjadi di masa lalu, menjadikannya bahan pelajaran untuk terus berkembang sebagai manusia yang lebih baik.

    Album baharu ini benar-benar mewakili idea itu. Saya melihat kembali perjalanan hidup saya beberapa bulan terakhir, belajar daripada peningkatan yang terjadi, dan akhirnya lahirlah album ini.

    Album Retrospektif juga membawa nilai sentimental buat penyanyi berusia 36 tahun ini kerana ia merupakan album penuh berbahasa Indonesia pertama yang dilancarkannya selepas tujuh tahun.

    Album ini ibaratnya saya kembali ke genre yang telah membesarkan nama saya, iaitu Indonesian Pop. Sudah lama saya tidak menghasilkan karya seperti ini.

    Jadi, Retrospektif terasa sangat tepat sebagai judul dan sebagai sebuah titik balik dalam kerjaya saya.

    Mengulas mengenai pemilihan Malaysia sebagai lokasi persembahan, Afgan berkata Kuala Lumpur sudah menjadi rumah keduanya.

    Selain di Indonesia, Malaysia memang sangat istimewa buat saya. Sokongan peminat di sini luar biasa dan saya ingin mereka turut merasai perjalanan baharu saya melalui album ini.

    Itu sebabnya saya mahu mengadakan showcase di Malaysia. Saya sangat teruja untuk berkongsi lagu-lagu baharu secara langsung buat pertama kali di sini.

    Afgan turut menjelaskan bahawa Zepp Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi kerana sesuai dengan konsep muzik yang ingin diketengahkan.

    Kali ini saya ingin suasana yang lebih kasual dan intim. Muzik dalam album ini lebih organik dan ‘raw’, jadi saya rasa Zepp adalah tempat yang sangat tepat untuk menghadirkan pengalaman muzik itu secara jujur dan dekat dengan peminat.

    Mahu berkongsi makna & memori

    Menerusi showcase itu, Afgan bakal mempersembahkan lagu- lagu baharu daripada album Retrospektif dengan susunan muzik asal, agar peminat di Malaysia dapat menikmati pengalaman pertama mendengarnya secara langsung selain rangkaian lagu popularnya yang lain.

    Insya-Allah saya akan memberikan persembahan terbaik. Saya mahu setiap lagu ini memberi makna dan memori tersendiri kepada peminat di Malaysia kerana ia adalah kali pertama mereka mendengar karya ini secara langsung.

    Saya sangat menghargai bahawa perjalanan muzik saya telah menjadi sebahagian daripada kisah hidup peminat di sini, sama ada di saat bahagia atau saat sedih.

    Apa yang paling berharga adalah ketika lagu-lagu saya mampu memberi kekuatan untuk peminat menghadapi kehidupan dengan penuh optimis dan positif. Itu adalah penghargaan terbesar buat saya.

    Sementara itu, Penganjur Retrospektif Showcase Afgan iaitu Renjana Idea, turut menyatakan rasa bangga dapat membawa Afgan kembali ke pentas Malaysia.

    Showcase Afgan Retrospektif ini sangat istimewa kerana ia bukan sekadar persembahan, tetapi juga sebuah refleksi perjalanan seni Afgan yang dekat di hati peminatnya.

    Kami yakin konsert ini akan memberi pengalaman yang penuh emosi dan bermakna, terutama buat peminat setia di Malaysia.

    Tiket Afgan Retrospektif Showcase akan sudah dijual bermula 1 Oktober lalu di 

    MENARIK:  Puteri Sarah Mempersembahkan Pakej Umrah Kepada Ibunda & Bapanya – ‘Hasrat Saya Untuk Membawa Mama dan Abah ke Makkah’

    Tiket berharga RM1,398 (VIP Box); RM798 (Premium Seat); RM698 (Normal Seat); RM398 (VIP Standing) dan RM358 (General Standing).

    Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, peminat boleh melayari laman sosial rasmi Renjana Idea atau mengikuti perkembangan terkini melalui laman media sosial rasmi penganjur.

    The post Afgan Kembali Ke Kuala Lumpur Dengan ‘Afgan Retrospektif Showcase’ – ‘Saya Mahu Setiap Lagu Memberi Makna & Memori’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah