28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Adira Suhaimi Memikul Status Sebagai Ibu Tunggal dengan Keberanian – ‘Tidak Boleh Mengelak, Kita Harus Hadapinya’

    Shopee Sale



    Adira Suhaimi

    Penyanyi Adira Suhaimi mengambil pendekatan untuk tidak memberi penjelasan lanjut mengenai status terbaharunya yang kini bergelar ibu tunggal.

    Status ibu tunggal

    Adira Suhaimi

    Ketika ditemui , Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi, 32, berkata dia tiada pilihan lain dan harus menjalani kehidupan seperti biasa biarpun kini membawa gelaran tersebut.

    Saya tidak boleh komen fasal itu (status ibu tunggal) lagi. Sebab saya belum laluinya lagi. Apa pun, nak atau tidak kena juga harungi.

    Adira berkata demikian sejurus selesai proses lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang pada Rabu.

    Semalam, Adira sah bercerai talak satu dengan bekas suami, Datuk Red selepas lafaz talak dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar pukul 9.45 pagi.

    Abdul Hadi Omar turut mengesahkan lafaz tersebut adalah sah mengikut hukum syarak.

    Sementara itu, Datuk Red ketika prosiding sedang dibacakan kelihatan tunduk sayu manakala Adira hanya kelihatan tenang.

    Dalam masa sama, Adira juga bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah terhadap Datuk Red.

    MENARIK:  [VIDEO] Zaquan Adha Masih Terkejut Pemergian Cahaya Mata Bongsu – ‘Biarlah Saya, Isteri & Anak-Anak Saja Tahu Apa Yang Jadi’

    Terdahulu, Adira memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu pada 25 Oktober 2023.

    Kemudian, pada 5 Mac lalu, prosiding keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara mereka gagal apabila penyanyi itu tetap nekad untuk berpisah.

    Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 2.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah