Isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah, kembali menyorot perhatian selepas memuat naik hantaran di aplikasi Threads mengenai rumah tangga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bibik Lebih Layak Ke Dari Ibunya? – Isteri Persoal Tindakan Nubhan
Artikel Berkaitan: Ibu Mentua Nubhan Didakwa Mahu RM5 Juta Jika Nak Bercerai, Tuntut Harta 50 Peratus
Cara begitu tidak wajar

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, Dr Afifah meluahkan rasa kecewa terhadap pergolakan yang berlaku dalam rumah tangganya.
Tambahnya, dia telah memberikan yang terbaik sebagai seorang isteri dan ibu kepada tiga orang cahaya mata mereka.
Adakah ini cara yang awak pilih untuk menyakiti saya? Saya ibu kepada anak-anak kita.
Dulu saya penyokong setia awak, saya pernah percayakan, menyayangi awak sepenuh hati dan saya berikan yang terbaik walaupun mungkin tidak sempurna di mata awak.
Mahu berdamai

Sementara itu, Dr Afifah merasakan ketegangan yang sedang berlaku bukan pengakhiran yang baik.
Ujarnya lanjut, dia mahukan perdamaian demi membesarkan anak-anak dalam keluarga yang sihat.
Ini bukanlah cara sepatutnya segala-galanya berakhir.
Anak-anak kita sedang membesar, tak lama lagi, mereka akan mula memahami.
Tolonglah, kita pilih kedamaian dan diam.
Untuk info, media sebelum ini melaporkan Nubhan telah memfailkan hadanah penuh serta interim terhadap anak-anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Terdahulu, Nubhan pernah melafazkan talak satu kepada Afifah pada 2017 sewaktu dia sedang enam bulan hamil anak pertama mereka.
Namun, mereka merujuk semula, bagaimanapun lafaz talak dan rujuk itu tidak dilaporkan kepada Mahkamah Syariah dan pejabat agama.
Kemudian, Nubhan selaku plaintif memfailkan pengesahan lafaz talak pertama (2017), rujuk dan lafaz talak kedua (Ogos 2025) di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Sekadar rekod, Nubhan dan Afifah juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.
Sumber: Threads
The post ‘Adakah Ini Cara Awak Pilih Untuk Menyakiti Saya?’ – Dr Afifah Luah Rasa Hati, Rayu Nubhan Pilih Untuk Berdamai first appeared on OHBULAN!.





