32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Ada Yang Menonton Melalui Aplikasi Haram, Perbuatan Itu Tidak Wajar’ – Sophia Albarakbah

    Shopee Sale

    Pelakon Sophia Albarakbah, meluahkan rasa kecewa apabila masih terdapat segelintir penonton yang sanggup menonton filem Amira Amir menerusi aplikasi tidak sah, sekali gus tidak menghargai usaha keras barisan pelakon serta tenaga produksi yang terlibat.

    Artikel Berkaitan: Sophia Albarakbah Syukur Lakonan Semakin Diterima, Enggan Dikenali Kerana Isu Peribadi – ‘Saya Akan Beri Yang Terbaik’

    Artikel Berkaitan: Sophia Albarakbah Berniaga Air Kelapa Pandan Di Bazar Ramadan

    Beri kesan buruk

    Ketika ditemui oleh , pemilik nama Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 33, berkata tindakan tersebut bukan sahaja memberi kerugian kepada pihak penerbit, malah memberi kesan buruk terhadap perkembangan industri perfileman tempatan yang bergantung kepada sokongan penonton melalui saluran rasmi.

    Terus terang, bagi saya perkara ini amat menyedihkan.

    Filem ini dihasilkan dengan usaha yang besar daripada pelbagai pihak.

    Bukan hanya pelakon, tetapi juga kru produksi, pengarah, penulis skrip dan semua yang terlibat di belakang tabir.

    Mereka ini yang bertungkus-lumus untuk memastikan naskhah tersebut dapat dipersembahkan dengan baik kepada penonton.

    Namun apabila ada yang memilih untuk menonton melalui aplikasi haram, ianya seperti segala usaha itu tidak dihargai.

    Bayangkan, harga untuk menonton sebenarnya tidak mahal, sekitar RM15 sahaja.

    Kalau nak berkongsi dengan kawan-kawan pun boleh.

    Tetapi masih ada yang memilih cara yang salah.

    Bagi saya, perbuatan itu memang sesuatu yang tidak wajar.

    Sophia berkata demikian ketika ditemui pada majlis rakaman Melodi Raya di Saloma Kuala Lumpur pada Selasa.

    Perbandingan dengan karya luar negara

    Tambah pelakon filem Saka Perawan ini sokongan penonton melalui platform rasmi amat penting bagi memastikan karya tempatan terus mendapat ruang untuk berkembang serta mampu menghasilkan produksi yang lebih berkualiti pada masa akan datang.

    Katanya lagi, kini ramai yang membandingkan filem tempatan dengan karya luar negara, namun jika masyarakat sendiri tidak menyokong filem tempatan melalui cara yang betul, usaha untuk meningkatkan mutu produksi akan menjadi lebih sukar.

    Ramai yang selalu kata filem Malaysia tidak cukup bagus dan tidak setanding dengan karya luar negara.

    Tetapi jika karya tempatan itu sendiri tidak disokong dengan cara yang betul, macam mana kita nak memperbaiki kualiti itu?

    Kita mahu menghasilkan filem yang lebih baik dengan produksi yang lebih besar dan kualiti yang lebih tinggi.

    Tapi semua itu perlukan sokongan penonton.

    Jika ramai yang menonton secara cetak rompak, industri akan terus sukar untuk berkembang.

    Dalam pada itu, Sophia percaya masih ada penonton yang mungkin tidak menyedari kesan sebenar perbuatan tersebut terhadap industri kreatif tempatan.

    Mungkin ada yang tidak sedar bahawa tindakan itu sebenarnya memberi kesan yang besar kepada industri.

    Mereka mungkin bukan sengaja mahu menjejaskan sesiapa, tetapi tidak memahami bahawa menonton melalui aplikasi haram bermakna kita tidak menyokong karya itu secara sah.

    Sedangkan ramai yang sanggup membayar langganan platform penstriman seperti Netflix.

    Jadi sebenarnya tidak ada beza untuk menyokong karya tempatan melalui platform yang sah.

    Sehubungan itu, dia turut memaklumkan bahawa sebagai seorang pelakon juga tidak menerima akses percuma untuk menonton karya yang mereka lakonkan.

    Perkara yang mungkin ramai tidak tahu ialah pelakon sendiri pun perlu membayar untuk menonton karya kami.

    Saya dan adik-beradik juga membayar untuk menonton filem yang kami sendiri lakonkan.

    Kami tidak mendapat kata laluan percuma atau akses khas.

    Kebanyakan pelakon dan kru juga melakukan perkara yang sama sebagai tanda sokongan terhadap hasil kerja yang dihasilkan bersama.

    Jadi kami harap penonton juga dapat melakukan perkara yang sama dengan menyokong melalui saluran yang betul.

    The post ‘Ada Yang Menonton Melalui Aplikasi Haram, Perbuatan Itu Tidak Wajar’ – Sophia Albarakbah first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Korang Boleh Kongsi Baucar Sehingga RM233 Dengan Tersayang Untuk Lazada 3.3 Epic Raya Sale!

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah