
Pelakon, Nazrief Nazri tidak menghiraukan sesetengah netizen yang dilihat kurang senang dengan tindakannya yang sering memuji kecantikan isteri, Aizatul Aqma secara terbuka di media sosial.
‘Suka hatilah’

Menerusi aplikasi Threads, pemilik nama Mohamad Nazrief Mohamad Nazri berpendapat apa yang dilakukan merupakan haknya sebagai seorang suami.
Suka hati akulah nak puji isteri aku cantik. Isteri aku, bukan bini kau.
Kalau kau tak rasa cantik, aku yang rasa cantik.
Cantik tu subjektif kan? Yang kau nak ‘bitter’ sangat kenapa?
Komen netizen



Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian netizen yang bersetuju dengan pendapat Nazrief dan meminta pelakon itu mengabaikan kata-kata negatif.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji kejelitaan dan kecantikkan rupa paras wajah Aizatul
Sekadar info, Nazrief dan Aizatul telah mendirikan rumah tangga pada November 2019 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia 4 tahun.
Terdahulu, tindakan Nazrief yang sering memuji kecantikan Aizatul secara terbuka ternyata mendatangkan rasa kurang senang sesetengah pihak di media sosial.
Malah, ada yang menganggap Nazrief tidak perlu berbuat demikian yang secara terang-terangan menunjukkan rasa cintanya terhadap isteri.





