Selebriti media sosial dan usahawan, Ryzal Ibrahim menzahirkan rasa syukur kerana memiliki seorang isteri seperti Maryam yang disifatkan tidak bersikap ‘high class’.
Artikel Berkaitan: Ryzal Ibrahim Kongsi Tips Ajar Anak Solat – ‘Bawa Pergi Masjid, Biasakan Mereka Lihat Ibadah Di Sana’
Artikel Berkaitan: Ryzal Ibrahim Respon Cara Perbelanjaan Golongan B40 & T20 – ‘Rakyat Malaysia Kurang Pendedahan Tentang Kewangan’
‘Maintenance’ perempuan kelas tinggi

Menerusi perkongsian yang dimuat naik, seorang pengguna Threads membuat senarai kos buat golongan wanita yang berkelas tinggi.
Pada hantaran tersebut, lebih RM10,000 disifatkan sebagai kos ‘maintenance’ bagi wanita berkelas tinggi termasuk perbelanjaan rutin bulanan seperti rawatan penjagaan kulit wajah di klinik.
Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian Ryzal yang menyifatkan Maryam seorang isteri yang tidak mengutamakan kemewahan.
Menurutnya, Maryam hanya meminta untuk menaiki penerbangan ‘business class’ setiap kali pulang ke kampung halamannya di Korea Selatan.
Saya bernasib baik ada isteri seperti Maryam.
Dia tak mahukan apa-apa selain daripada balik kampung dengan business class yang bernilai tiga kali ganda daripada senarai tersebut.
Dalam pada itu, Ryzal akui lebih mengutamakan kesetiaan pasangan yang disifatkan harta yang paling bernilai daripada segala kekayaan di dunia.
Ini pun belum dikira high class.
Seorang isteri tidak boleh dibandingkan dengan mana-mana wanita. Seorang yang setia? Nilainya lebih berharga daripada seluruh kekayaan dunia.
Sumber: Threads @ryzalibrhm
The post Ryzal Ibrahim Bersyukur Maryam Bukan ‘High Class’ – ‘Nilai Setia Lebih Berharga Daripada Seluruh Kekayaan Dunia’ first appeared on OHBULAN!.





