Pelakon, Diana Danielle memilih untuk mencari seorang chef peribadi yang boleh menyediakan makanan berkhasiat untuk anak-anaknya.
Artikel Berkaitan: Diana Danielle Lebih Selektif, Akui Bayaran Antara Faktor Utama Pemilihan Projek – ‘Kalau Tak Berbaloi, Baik Duduk Rumah’
Artikel Berkaitan: Diana Danielle Nafi Kenal Kekasih Sebelum Cerai Dengan Farid Kamil
Cari cef
View on Threads
Kata Diana, 34, faktor kesibukan kerja yang melampau sepanjang tahun ini membuatkannya memerlukan bantuan pakar kulinari yang mampu menyediakan dua hingga tiga hidangan sehari buat anak-anak tersayang.
Diana turut menjelaskan kriteria yang dicarinya bukanlah sekadar tukang masak biasa, sebaliknya individu yang mahir dalam kepelbagaian menu dan mempunyai ilmu nutrisi.
Mungkin saya perlukan seorang chef peribadi di rumah sekarang.
Seseorang yang boleh datang awal pagi dan masak dua ke tiga hidangan sehari.
Anak-anak saya perlukan kepelbagaian makanan yang saya rasa pembantu rumah biasa tidak dapat sediakan dan saya sangat sibuk tahun ini.
Jelas bekas isteri kepada pelakon, Farid Kamil itu, anak-anaknya memerlukan diet yang lebih spesifik bagi menyokong jadual harian mereka yang sangat padat.
Mereka tak boleh hari-hari makan nasi berlauk, mereka perlukan makanan spesifik untuk jadual mereka yang padat.
Kalau anda ada ilmu tentang nutrisi, boleh masak pelbagai jenis hidangan dan boleh menjadi chef peribadi boleh mesej secara peribadi kepada saya.
Sumber: Threads
The post Diana Danielle Cari Cef Peribadi Pakar Nutrisi, Tidak Mahu Kedua Anak Makan Nasi Berlauk Setiap Hari first appeared on OHBULAN!.





