29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jun Lojong Syukur Sudah Keluar Dari ‘Dunia Gelap’, Jadikan Lakonan Sebagai Terapi – ‘Kemurungan Teruk, Hilang Beberapa Tahun’

    Shopee Sale

    Pelakon, Jun Lojong mengakui keadaan kesihatannya kini semakin baik selepas mengharungi fasa kemurungan sekitar tahun 2000 yang disifatkannya sebagai titik paling rendah dalam hidupnya.

    Artikel Berkaitan: ‘Meremang & Insaf’ – Jun Lojong Terkesan Baca Tulisan Banduan Di Dinding Penjara

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tidak Kisah Jika Orang Tidak Kenal Saya’ – June Lojong

    Dah sihat

    Ketika ditemui , Jun atau nama sebenarnya Junainah M. Lojong, 48, berkata pengalaman itu memberi kesan mendalam sehingga dia hilang semangat untuk meneruskan kehidupan.

    Kata Jun, dia cuba untuk melupakan kembali detik yang tidak bermakna itu namun terbuka untuk bercerita mengenainya kerana emosinya kini lebih stabil.

    Sekarang saya sudah okay. Kesihatan bertambah baik selepas menjalani rawatan terapi.

    Alhamdulillah ini adalah terapi yang berjaya.

    Saya alami kemurungan yang sangat teruk sehingga hilang beberapa tahun dalam kehidupan. Pada ketika itu saya tiada rasa nak hidup.

    Jelas Jun, suaminya, Nam Ron turut mencadangkan agar dia menjadikan lakonan sebagai terapi untuk memulihkan diri.

    Ketika menjayakan filem Redha, saya memang tidak mahu jumpa orang. Sampai menggigil-gigil sehingga berpeluh-peluh.

    Nam Ron banyak bercerita tentang keadaan saya kerana saya sememangnya tidak ingat secara jelas apa yang berlaku ketika saya dalam fasa kemurungan itu.

    Nam Ron suruh saya anggap lakonan sebagai terapi untuk keluar daripada dunia gelap itu.

    Saya terima dan memang sudah berniat untuk pulihkan diri dan berjumpa dengan ramai orang.

    Proses pemulihan

    Berkongsi mengenai proses pemulihannya, Jun berkata dia mengorbankan banyak perkara demi pulih kerana perlu memulakan semula kehidupan sebagai seorang yang baharu.

    Masa saya sakit, doktor memang suruh saya tinggalkan semua termasuk pengajian Master dan media sosial pun saya tutup.

    Sekarang, saya aktif juga tapi tetap tapis juga.

    Terdahulu, Jun berkongsi dia mengalami kemurungan selepas mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana (Master) dalam bidang tarian sehingga memaksanya menghentikan pengajian dan mendapatkan rawatan pakar.

    MENARIK:  Suami Berkira Beli Baju Raya Isteri, Terkilan Mampu Habiskan RM200 Untuk Mercun – ‘Duit Raya Pun Tak Bagi’

    Dalam perkembangan lain, Jun turut membintangi filem Polong yang akan ditayangkan pada pawagam 28 Mei ini.

    Selain Jun, filem itu turut dibarisi pelakon seperti Mimi Lana, Fad Anuar, Nam Ron dan Nadiya Nisaa.

    The post Jun Lojong Syukur Sudah Keluar Dari ‘Dunia Gelap’, Jadikan Lakonan Sebagai Terapi – ‘Kemurungan Teruk, Hilang Beberapa Tahun’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah