Pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai perancangan untuk meninggalkan dunia lakonan sepenuhnya meskipun kini aktif menceburi bidang perniagaan pelancongan.
Artikel Berkaitan: ‘Ini Menjadi Satu Dakwah & Saham Akhirat Yang Saya Ingin Sampaikan’ – Aaron Aziz
Artikel Berkaitan: Aaron Aziz Faham Perasaan Yusry, Yakin Ada Hikmah Belum Rezeki Tunai Haji – ‘Suami Mana Yang Tak Mahu Beribadah Bersama Isteri’
Akan tetap berlakon

Ketika ditemui , Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, memaklumkan masih menerima tawaran berlakon sekali gus tidak merancang untuk memberhentikan kerjayanya sebagai anak seni.
Bagaimanapun, Aaron memilih untuk berhenti jika perniagaan pelancongan ini mendapat sambutan hangat sehingga dirinya tidak mampu untuk memberi komitmen pada bidang lakonan.
Berlakon adalah sumber kerjaya saya, sebab itu saya tiada perancangan untuk berhenti. Sekarang masih ada rezeki, Alhamdulillah.
Tapi pada masa hadapan sekiranya Karava ini berkembang sampai saya tiada masa untuk berlakon, mungkin dah sampai 100 cawangan tak payah berlakon pun tidak mengapa.
Aaron berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Karva Travel & Tours yang berlangsung di Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Aaron tetap mengutamakan kerjayanya sebagai anak seni dengan membawa watak yang bersesuaian dengan prinsip serta imej dirinya.
Tiada perniagaan pelancongan ini pun keputusan saya tetap sama.
Saya tidak akan membawa watak yang berlebihan sama seperti yang pernah saya lakukan dulu.
Macam baru-baru ini saya berlakon dengan Nadia Nissa, babak dalam rumah, dia tak buka tudung, dia kekalkan tudung. Ada babak yang memerlukan kami bersalaman tapi kita cheat nampak kita tak bersentuhan.
The post Aaron Aziz Aktif Urus Perniagaan Pelancongan, Tegaskan Masih Belum Tinggalkan Dunia Lakonan first appeared on OHBULAN!.





