Pelakon, Ozlynn Wati berkongsi pengalamannya membaca komen negatif daripada seorang individu yang tidak dikenali mengenai imejnya yang bertudung.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tolong Azar Azmi Bukan Atas Dasar Nak Menunjuk’ – Ozlynn
Artikel Berkaitan: ‘Allah Tak Bagi Lagi Sebab Ada Yang Lebih Istimewa Untuk Awak, Sangka Baik Dengan Allah’ – Ozlynn
Komen negatif

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu dilihat mengajukan pertanyaan kepada umum mengenai komen paling menyakitkan yang pernah diterima daripada orang luar.
Saya cabar untuk awak kongsi ayat yang sangat menyakitkan daripada orang luar.
Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian isteri kepada pelawak Johan yang berkongsi penerimaan seorang individu yang tidak dikenali terhadap imej barunya yang bertudung.
Menurut Ozlynn, imej yang digayakan adalah atas kehendak dan keputusan dirinya sendiri sekali gus menyerahkan segala tuduhan serta fitnah yang dilemparkan kepadanya kepada Allah.
‘Dah bertudung ke? Tak tahu pula. Tapi artis kan, tak lama lagi terbang la tudung itu’
Saya baca komen ini di sebuah hantaran yang muat naik gambar saya.
Alhamdulillah pakai tudung bukan untuk sesiapa tapi kerana Allah.
Apa-apa pun saya dah serahkan segalanya kepada Allah setiap butir kata dan fitnah dari sesiapa saja. Sekarang lebih tenang.
Sumber: Threads @jozlynnhanania
The post ‘Pakai Tudung Bukan Untuk Sesiapa Tapi Kerana Allah’ – Ozlynn first appeared on OHBULAN!.





