Hantaran terbaharu pelakon Abby Abadi telah menyorot perhatian ramai berikutan turut kelihatan anaknya, Marissa Dania Hakim ada bersama.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abby Abadi Jawab Konflik Bersama Anak – ‘Sudah Habis Kata-Kata..Saya Tak Berharap Mereka Datang’
Marissa raikan bersama

Menerusi hantaran di Thread, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 49, menyambut ulang tahun kelahiran teman baiknya, Azza Elite.
Sanah Helwah awak. Terima kasih menjadi kawan baik kita sepurnama lamanya.
Banyak kenangan kita bersama kan? Dari remaja, sampai dah usia mak cik-mak cik ini syukur masih bersama, masih sihat, masih kuat bekerja keras demi sesuap spaghetti.
Sementara itu, Marissa turut meluangkan masa bersama mereka dan memberikan hadiah istimewa kepada Azza.
Rezeki awak hari ini, ada saya dan Marissa. Datang bawa hadiah kecil-kecilan. Tak sempat plan pun. Semoga awak suka hadiah tu okay.
Komen netizen



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menganggap kehadiran Marissa itu seolah-olah memberi gambaran bahawa perhubungannya bersama Abby telah pun kembali jernih ekoran berlaku konflik di antara mereka sebelum ini.
Dalam masa sama, warganet turut memuji tindakan Marissa yang merendahkan ego demi menjaga hati ibunya.
Terdahulu, kemelut keluarga Abby kembali menjadi bualan selepas dia menitip ucapan ulang tahun kelahiran yang dipercayai telah menghiris hati anaknya, Maria Danisha Hakim.
Pelakon drama siri Gerak Khas ini juga berkongsi perasaan mengenai pengorbanan yang dilakukannya dalam membesarkan anak-anak dan mendakwa ia seakan-akan telah dilupakan.
Sumber: Instagram Abby Abadi
The post Abby Abadi & Marissa Rai Hari Lahir Azza Elite Bersama, Hubungan Ibu Anak Kembali Jernih? first appeared on OHBULAN!.





