25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, November 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pakai Loket Terukir Ayat Kursi, Kareena Kapoor Terima Notis Undang-Undang

    Shopee Sale

    Pelakon Bollywood, Kareena Kapoor menerima notis undang-undang selepas didakwa menjadikan loket mengandungi ayat suci al-Quran sebagai aksesori fesyen.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terjebak Buat Trend Asoka, Netizen Samakan Wajah Fasha Sandha Dengan Kareena Kapoor..Memang Lawa!

    Artikel Berkaitan: Minta Bayaran RM6.7 Juta Untuk Berlakon Filem, Kareena Kapoor Dikecam Dah Hilang Akal

    Kareena Kapoor digesa buat permohonan maaf

    Notis undang-undang itu dihantar oleh jurucakap Kongres Madhya Pradesh, Abbas Hafeez yang mendakwa loket yang terukir ayat Kursi itu mempunyai nilai sejarah dan keagamaan kerana dikaitkan dengan warisan Begum Bhopal.

    Susulan itu, Abbas turut meminta Kareena memadam gambar tersebut dan membuat permohonan maaf.

    MENARIK:  Jaja Cerita Rumah Tangga Di Live TikTok, Pempengaruh Ditahan Polis Lepas Pecah Masuk Rumah Bekas Madu

    Mengulasn lanjut, Abbas berkata bahawa tindakannya itu tidak mewakili parti Kongres atau kedudukannya dalam politik.

    Manakala peguam, Mohammad Zafar menjelaskan bantahan mereka bukanlah kerana Kareena memakai loket, sebaliknya cara ayat al-Quran dipaparkan sebagai aksesori fesyen di media sosial.

    Ayat tersebut dianggap suci dan cara ia dipaparkan di media sosial telah menyinggung perasaan masyarakat Islam.

    Menurutnya, ayat al-Quran dianggap suci dan masyarakat Islam perlu mengambil wuduk sebelum menyentuh atau membacanya.

    Sumber: Times Of India

    The post Pakai Loket Terukir Ayat Kursi, Kareena Kapoor Terima Notis Undang-Undang first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah