Penyanyi, Shila Amzah mengakui terharu apabila suaminya yang juga pempengaruh, Ubai MZ sering mengambil peluang untuk merealisasikan setiap impiannya yang tidak pernah dikecapinya sepanjang hidup.
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Akui Trauma Berat Pernah Cecah 84kg – ‘Stres & Tak Cukup Tidur Antara Punca..’
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Kosongkan Jadual 10 Hari Demi Konsert Ariana Grande – ‘Dah Lebih 10 Tahun Saya Tunggu…’
Impian Shila
View this post on Instagram
Menceritakan kembali, pemilik nama Nurshahila Amir Amzah itu berkata Ubai mengetahui perkara perit yang dilaluinya dahulu dan sentiasa berusaha untuk memenuhi impiannya selepas mereka bergelar suami isteri.
Dia tahu yang Sha tak pernah dilamar. Dia serba-serbi tahu ada banyak benda Sha tak pernah alami dan rasai di zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa Sha.
Buat pertama kalinya, dia jadikan semuanya kenyataan.
Menurut Shila, kehadiran Ubai bukan sahaja melengkapkan hidupnya, malah memberi kebebasan untuk dirinya menjadi diri sendiri sepenuhnya.
Dia beri Sha kebebasan. Kebebasan untuk selesa menjadi diri sendiri, meluahkan perasaan dan keperluan, serta kebebasan untuk memiliki ‘pink’ (kebahagiaan) Sha semula.
Sha tak pernah harapkan pun untuk dilamar, walaupun bukan menggunakan dron, tapi Sha sangat gembira.
Mengimbau kembali fasa awal perhubungan mereka, Shila berkata biarpun berdepan pelbagai tohmahan dan kecaman, mereka tetap memilih untuk tidak mengendahkan pandangan negatif tersebut.
Tak sangka tahun depan masuk tahun keempat kami. Kami berkahwin sewaktu usianya 25 tahun dengan beza usia lapan tahun.
Sha dan Ubai masih ingat di awal perhubungan, ramai orang cakap benda negatif pasal kami. Tapi kami tak nak ambil pusing sebab cuma kami berdua tahu kenapa kami rasa dekat dan ingin disatukan.
Untuk rekod, Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada Ogos 2023.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira, manakala Shila turut mempunyai seorang anak lelaki, Seth Uwais, hasil perkahwinan terdahulu.
Sumber: Instagram
The post Shila Amzah Terharu Suami Sering Realisasikan Impian – ‘Dia Beri Saya Kebebasan Jadi Diri Sendiri’ first appeared on OHBULAN!.





