Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan tampil memberikan penjelasan berhubung isu kod respons pantas (QR) yang dipaparkan semasa sesi siaran langsung di YouTube sehingga mencetuskan salah faham dalam kalangan ramai.
Artikel Berkaitan: Ammar Nazhan Kini ‘Off Market’, Selamat Merisik Cinta Hati
Artikel Berkaitan: Ammar Nazhan & Aras Mohon Maaf Dah Tipu Satu Malaysia, Janji Tak Ulang Kesilapan Sama
QR duit salam kaut
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Ammar menjelaskan bahawa keputusan untuk memaparkan kod QR tersebut dibuat bagi memudahkan urusan para tetamu khususnya mereka yang tidak berkesempatan untuk hadir secara fizikal.
Menurutnya, pemberian wang tersebut tidak diwajibkan dan tiada sebarang paksaan dikenakan terhadap mana-mana pihak untuk berbuat demikian.
Pertama sekali, QR tersebut diletakkan bagi memudahkan ahli keluarga, sahabat, kenalan dan sesiapa sahaja yang ingin memberikan hadiah perkahwinan secara digital, terutamanya mereka yang tidak berkesempatan hadir tetapi mengikuti majlis melalui siaran langsung YouTube Am.
Tidak pernah terlintas dalam fikiran am untuk mewajibkan sesiapa memberikan wang. Hadiah perkahwinan adalah pemberian ikhlas, bukannya satu kewajipan.
Sementara itu, Ammar turut menafikan dakwaan bahawa paparan kod QR bersaiz besar itu sengaja dilakukan bagi menarik perhatian penonton untuk memberikan sumbangan.
Berkenaan saiz QR yang agak besar dan dipaparkan sepanjang siaran langsung, perkara tersebut berlaku disebabkan kekangan teknikal dalam pengendalian paparan siaran langsung.
Ia bukan disengajakan untuk menarik perhatian penonton supaya memberikan wang.
Am akui paparan tersebut boleh dibuat dengan lebih baik dan am mohon maaf sekiranya ia menimbulkan salah faham atau menyebabkan sesetengah pihak kurang selesa.
Ammar turut berharap agar orang ramai tidak membuat sebarang andaian bahawa paparan kod QR tersebut dilakukan semata-mata kerana dirinya ingin mendapatkan wang daripada penonton.
Namun, Am berharap orang ramai tidak terus membuat andaian bahawa Am meminta-minta wang daripada penonton hanya kerana adanya QR tersebut.
Bagi Am, doa yang baik untuk rumah tangga kami jauh lebih bermakna daripada sebarang pemberian wang.
Terdahulu, tindakan Ammar memaparkan kod QR ketika sesi siaran langsung di YouTube menjadi perbualan hangat di media sosial selepas seorang individu meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan tersebut.
Untuk rekod, Ammar sebelum ini sah bergelar suami kepada Elya Maisara dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung semalam.
Sumber: Threads
The post Ammar Nazhan Perjelas Isu QR Salam Kaut Ketika Live YouTube, Nafi Mahu Raih Wang first appeared on OHBULAN!.





