Suami kepada pelakon Elisya Sandha, Uzair Haqimy meluahkan rasa rindu untuk meluangkan masa bersama isterinya itu yang kini sibuk dengan komitmen kerja.
Artikel Berkaitan: Elisya Sandha Galakkan Uzair Haqimy Amalkan Eat Clean, Bimbang Berat Suami Hampir Cecah 100KG
Artikel Berkaitan: Elisya Sandha Kongsi Momen Pertama Kali Jumpa Sheila Rusly – ‘Saya Duduk Dalam Kereta Sejam Takut Punya Pasal’
Luahan suami

Menerusi perkongsian di Threads, Uzair mengakui merindui perkara-perkara kecil yang sering dilakukan bersama Elisya, termasuk berpegangan tangan, menonton wayang dan bercuti bersama.
Bukan itu sahaja, Uzair turut merindui momen gelak tawa serta gurauan bersama isteri tercinta.
Rindu. Rindu air tangan, rindu nak tengok movie, rindu gelak-gelak, rindu melancong bersama, rindu bergaduh.
Dalam masa yang sama, anak kepada penerbit dan pengarah Sheila Rusly itu juga menitipkan kata-kata semangat buat isteri agar terus memberikan yang terbaik dalam kerjayanya.
Dia tengah sibuk sekarang, Alhamdulillah murah rezeki.
Kerja baik-baik sayang. Remember.. If “inside” is happy, then “outside” don’t matter.
Pada hantaran yang sama, Uzair turut memuat naik beberapa foto kenangan mereka ketika meluangkan masa bersama.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji Uzair kerana memperlihatkan sisi romantisnya kepada isteri tanpa segan.
Lebih manis, hantaran mengenai Elisya itu merupakan perkongsian pertamanya di laman Threads.
Sumber: Threads
The post ‘Rindu Air Tangan, Gelak-Gelak, Melancong Bersama..Dia Tengah Sibuk Sekarang’ – Suami Elisya Sandha first appeared on OHBULAN!.





