26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 20, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Gadis Menangis Kerana Wajahnya Dihina oleh Teman Wanita Bekas Kekasih – ‘Muka Berlubang, Seperti Jalan Tar Rosak’

    Shopee Sale



    Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang gadis menangis kesedihan di dalam kereta kerana dihina oleh seorang individu yang dipercayai merupakan kekasih baharu bekas teman lelakinya.

    Gadis menangis, wajah dihina

    Menerusi video pendek yang dimuat naik di TikTok, gadis berkenaan berkongsi mesej suara yang dipercayai dihantar oleh teman wanita bekas kekasihnya itu. Lebih meruntun hati apabila individu itu dengan selambanya menghina wajah gadis terbabit yang dikatakan berlubang seperti ‘jalan tar’.

    Carilah skin care ke, kalau tak boleh kau pakai je produk merkuri bagi licin sikit muka tu. Tak ada lah macam jalan tar. Aku tengok teruk sangat tu, berlubang pula. Ibarat macam jalan tar rosak, berlubang-lubang.

    Dakwa gadis itu lagi, dia langsung tidak mengenali teman wanita bekas kekasihnya itu malah tidak tahu mengapa dia dihina sebegitu rupa.

    MENARIK:  UAI Perjelas Hukum Lelaki Pakai ‘Bearing’ Pada Kemaluan – ‘Bersyukurlah Dengan Apa Allah Berikan’

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya akui geram dengan kata-kata sindiran wanita terbabit. Tidak kurang juga, ada memberi kata-kata semangat buat gadis ini dan memintanya agar tidak menghiraukan hinaan daripada wanita terbabit.

    Video


    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah