31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Tak Elok Bercerita Aib Pasangan Di Media Sosial, Ada Perkara Perlu Disimpan’ – Kak KM

    Shopee Sale

    Usahawan sensasi, Kak KM berpendapat bahawa pasangan suami isteri tidak sepatutnya berkongsi masalah rumah tangga secara terbuka di media sosial.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Pilih Tak Kahwin Lagi Jika Kehilangan Suami – ‘Saya Risau Dengan Anak-Anak ..’

    Artikel Berkaitan: Kak KM Nafi Dakwaan Potong Perut, Hanya Alami Gastrik – ‘Belum Sampai Ke Tahap Itu’

    Jangan cerita aib pasangan di media sosial

    Ketika ditemui , Kak KM atau nama sebenarnya Norliana Rosli berkata, setiap pasangan perlu menjaga batas dan tidak terlalu terbuka berkongsi semua perkara di media sosial. 

    Hal ini kerana privasi dalam sesebuah rumah tangga perlu dihormati bagi mengelakkan ianya menjadi bahan bualan orang luar.

    Tak eloklah kalau semua benda kita nak cerita aib pasangan kita. Sebab kita tak boleh, ada benda yang kita boleh kongsi, ada benda yang kita tak boleh dikongsikan sebenarnya.

    Macam saya sendiri, apa yang korang tengok tu bukanlah sepenuhnya, banyak lagi benda lain yang kita simpan. 

    Kita tak bolehlah nak kongsikan semua benda. Tak nak lah aib yang kita cerita tu sampai menghina, tak baiklah macam tu.

    Dalam pada itu, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri ini berpendapat bahawa orang luar tidak sepatutnya mencampuri urusan rumah tangga pasangan lain.

    MENARIK:  Luah Rasa Rindu Kepada Anak dan Isteri, Ippo Hafidz ‘Perli’ Kenyataan: ‘Tipu Dosa, Mati Seksa’

    Hal ini kerana, mereka tidak mengetahui perkara sebenar yang berlaku di sebalik perselisihan faham tersebut.

    Sebab tu rumah tangga tak boleh masuk campur. Siapa-siapa pun tak boleh masuk campur. Jangan cakap apa-apa sebab waktu marah memang kita yang isteri atau suami memang akan cakap macam-macam.

    Penonton tu sebenarnya suka tepuk tangan, ‘padan muka engkau’.  Diorang tak akan rasa kasihan pun dekat kita yang bergaduh ni. Jadi kalau boleh, tutuplah aib masing-masing.

    Sebelum ini, isu tindakan segelintir individu yang gemar berkongsi masalah rumah tangga dan mendedahkan hal peribadi di media sosial turut menjadi perbincangan hangat dalam kalangan netizen.

    Untuk rekod, Liana dan suaminya Razman Ramli mempunyai empat orang cahaya mata iaitu Nabila, Faris, Rania dan Cinta Carissa.

    The post [VIDEO] ‘Tak Elok Bercerita Aib Pasangan Di Media Sosial, Ada Perkara Perlu Disimpan’ – Kak KM first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah