27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘5,000 Penonton Banjiri Arena of Stars, Tukar Baju Lebih Daripada Tiga Kali & Nyanyi 20 Lagu Hits’ – Westlife Masih Berbisa!

    Shopee Sale



    Tanggal 9 Jun yang lalu merupakan momen paling indah dan bermakna buat peminat setia kumpulan Westlife di Malaysia. Ini kerana, kumpulan popular asal Ireland itu telah menjayakan siri jelajah dunia mereka iaitu Westlife The Hits Tour di Arena of Stars, Genting Highlands.

    Lagu era 90-an

    Konsert yang berdurasi selama dua jam itu ternyata membuat penonton tidak sempat berkedip mata. Mana taknya, lagu-lagu yang dinyanyikan pada petang itu semuanya menggamit kenangan.

    Bahkan, busana dan tarian yang dilakukan oleh Shane Filan, Kian Egan dan Nicky Byrne pada waktu itu sangat mengujakan dan berjaya menambat hati lebih 5,000 penonton di dalam dewan utama pusat peranginan tersebut.

    Menurut Shane Filan, dia berasa bangga kerana dapat kembali ke Malaysia untuk menghiburkan peminat.

    Perasaan dapat bertemu anda semua indah sekali. Banyak kenangan manis kami rasai sepanjang berulang kali ke sini dan banyak negara lain.

    Kami sudah menjayakan sebanyak 119 konsert dalam tempoh dua tahun bermakna empat, lima persembahan besar setiap bulan.

    Malaysia, we’re flying without wings (kami terbang tanpa sayap).

    Antara lagu popular yang dipersembahkan oleh Westlife pada konsert tersebut ialah Nothings Gonna Change My Love For You, Flying Without Wings, Starlight, We Are The Champions, Uptown Girl, My Love, Beautiful In White, What Makes A Man dan More Than Words.

    Konsert tersebut lebih menarik apabila Nicky mengajak peminat yang hadir untuk menyalakan lampu telefon bimbit mereka serta mengikut arahannya untuk ‘angkat tangan, turun tangan’ bagi tujuan rakaman dan ia akan dimuat naik di akaun Instagram Westlife.

    MENARIK:  ‘Pendedahan Keberanian dalam Menghadapi Hakikat Khunsa, Apakah Tindakan yang Perlu Diambil Apabila Menimpa Keluarga Sendiri?’ - Azhan Rani

    Sebelum ke Malaysia, Westlife telah menghiburkan peminat mereka di Beijing, Shenzhen, Shanghai, China, disusuli Korea, Vietnam dan kini menuju Indonesia serta Singapura bagi melengkapkan jelajah di Asia Tenggara.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah