Hujung minggu ni, Hari Koperasi Negara (HKN) 2025 bakal meriahkan MITC, Melaka dengan macam-macam aktiviti best untuk satu keluarga!
Daripada konsert artis lagenda, jualan murah, sampailah ke forum rohani yang menyentuh jiwa, semuanya ada!
Buat korang korang tengah plan nak ke mana hujung minggu ni, HKN 2025 memang wajib masuk list!
Jom kami senaraikan 5 aktiviti utama di sana nanti:
1. Pameran Produk & Perkhidmatan – Macam Karnival Ciptaan Anak Tempatan

Nak sokong produk lokal? Inilah tempatnya! Berpuluh koperasi dan usahawan dari seluruh negara bakal tampilkan produk dan perkhidmatan paling menarik mereka. Termasuk makanan tradisional, barang dapur, hasil tani serta produk inovatif.
Siap ada booth dari agensi dan kementerian jugak, jadi boleh terus tanya, daftar atau explore sebarang peluang kerjasama.
2. Konsert Percuma Dengan Barisan Artis Popular

Jangan lepaskan peluang untuk saksikan barisan artis hebat yang bakal menghangatkan pentas HKN 2025. Antaranya ada Zur Eda, Ara Johari, Amir Masdi, Rahmat Mega, Azan Scan, Aris Ariwatan, Sham Visa, Hilmi Gimmick dan Reza Mohamed!
3. Forum Perdana & Nasyid Saujana – Sesi Yang Menyentuh Jiwa & Buka Hati

Nama-nama seperti Da’i Ahmad Izzhar, Ustaz Harryanto dan Ustaz Zakaria sudah cukup untuk menggambarkan betapa istimewanya slot Forum Perdana yang bakal berlangsung. Bukan sekadar sesi ceramah biasa, tetapi ruang untuk kita renung kembali tentang kehidupan, rezeki dan tanggungjawab sebagai insan.
Forum ini juga akan disusuli dengan persembahan nasyid daripada kumpulan Saujana, membawakan lagu-lagu kerohanian mereka
4. Zumba & Fun Walk

Mulakan pagi korang dengan penuh semangat di Co-op Fun Walk sejauh 3km, aktiviti santai yang sesuai untuk semua peringkat umur. Sama ada datang bersama keluarga, rakan-rakan atau berjalan solo. Ini antara cara terbaik untuk raikan gaya hidup sihat dalam suasana yang penuh keceriaan.
Lepas tu, boleh terus join sesi Zumba bersama Zin Dayang! Barulah gaya hidup sihat!
5. Aktiviti Komuniti & Kebajikan – Derma Darah, Cari Kerja & Masuk IPT

Sedang mencari peluang kerjaya, nak sambung belajar atau berminat dengan bidang TVET? Jangan lepaskan peluang untuk singgah ke slot ‘Jom Cari Kerja, Jom Masuk IPT dan TVET’ yang berlangsung sepanjang acara HKN 2025.
Di sini, korang boleh dapatkan info terus daripada wakil institusi dan syarikat, lengkap dengan khidmat kaunseling serta bimbingan yang berguna untuk masa depan.
Dan antara inisiatif paling bermakna di HKN 2025 adalah kempen derma darah. Inisiatif ini mungkin nampak kecil, tapi impaknya sangat besar buat orang lain yang memerlukan bantuan.
Selamat Menyambut Hari Koperasi 2025 & Jom Ramai-Ramai Meriahkan MITC, Melaka!
Tarikh: 26 & 27 Julai, 2025
Lokasi: MITC, Melaka.
Sama ada korang datang untuk hiburan, cari ilmu, peluang kerjaya atau sekadar nak lepak makan best dengan keluarga, HKN 2025 memang acara yang tak boleh dilepaskan!
Masuk pun percuma, jadi tak ada alasan untuk korang tak turut serta! Untuk info terkini dan update aktiviti menarik, follow Facebook Suruhanjaya Koperasi Malaysia sekarang.
The post 5 Sebab Kenapa HKN 2025 Wajib Masuk Dalam Plan Hujung Minggu Korang! first appeared on OHBULAN!.





