Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas kemaluannya didakwa dikelar oleh isterinya sendiri dalam satu kejadian di Kecamatan Kunir, Lumajang, Indonesia.
Potong kemaluan suami sebab cemburu

Memetik laporan Detik, insiden itu dipercayai berpunca kerana suspek, 25, berang suaminya, 25, itu sering berlaku curang. Difahamkan, suspek menyerang suaminya menggunakan sabit ketika lelaki itu sedang nyenyak tidur di bilik.
Serangan tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dan pendarahan teruk sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, kemaluan mangsa dikatakan tidak putus sepenuhnya.
Susulan itu, pihak polis mula menjalankan siasatan lanjut dan akhirnya suspek berjaya ditahan meskipun pada awalnya dia cuba melarikan diri selain turut menghapuskan bahan bukti.
Suspek kemudian mengaku sengaja mencederakan suaminya kerana cemburu. Pihak polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes.
Sumber: Detik
The post Isteri Pot*ng Kemaluan Suami Dengan Sabit Ketika Tidur first appeared on OHBULAN!.





