31.4 C
Kuala Lumpur
Monday, August 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026: Bintang Pickleball Dunia Gegar KL, Atlet Tempatan Sedia Tunjuk Taring

    Shopee Sale

    Media Prima selaku rakan media rasmi bagi kejohanan Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026 bersama Professional Pickleball Association Asia (PPA Asia) Tour mengumumkan senarai awal atlet tempatan yang bakal beraksi dalam kejohanan berkenaan.

    Artikel Berkaitan: Pemain Pickleball Terbaik Dunia Bakal Meriahkan Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026

    Pemain terbaik dunia

    Kejohanan utama Asia itu akan berlangsung dari 9 hingga 13 September 2026 di The Hood, Kuala Lumpur, dengan menghimpunkan barisan pemain profesional antarabangsa serta bakat terbaik Malaysia untuk bersaing di pentas sendiri.

    Antara pemain tempatan yang bakal menggalas cabaran negara ialah Jimmy Liong atau Kai Long yang merupakan pemain Malaysia dengan kedudukan ranking antarabangsa tertinggi selain memiliki pengalaman beraksi di litar jelajah dunia.

    Turut disenaraikan ialah Colin Wong yang menjadi antara pemain kegemaran ramai dan mempunyai pengalaman dalam litar PPA Asia serta acara beregu.

    Syed Uzair Sufi pula hadir dengan pengalaman beraksi dalam pelbagai kejohanan di peringkat serantau, manakala bakat muda Timothy Foo bakal mengambil peluang untuk menguji kemampuan menentang pemain terbaik dunia.

    Kehadiran pemain tempatan itu bakal menyemarakkan lagi persaingan apabila mereka akan berentap bersama barisan bintang antarabangsa yang terdiri daripada Gabriel Tardio dari Bolivia, pemain ranking kedua dunia lelaki yang terkenal dengan kepantasan dan gaya permainan menarik.

    MENARIK:  [VIDEO] Shukri Yahaya Titip Semangat Kepada Fadhlan Hazim – ‘Teruskan Berjuang, Awak Pelakon Rare’

    Turut mencuri perhatian ialah Chao Yi Wang dari Taipei Cina yang berada di ranking ke-11 dunia wanita, selain pemain Amerika Syarikat, Tama Shimabukuro yang menghuni ranking ke-14 dunia lelaki dan terkenal dengan kelincahan hasil latar belakangnya dalam sukan papan selaju.

    Pemain Amerika Syarikat, Alix Truong yang berada di ranking ke-14 dunia wanita juga akan turun beraksi dengan kelebihan dari segi liputan gelanggang serta pukulan kilas yang bertenaga.

    Australia pula bakal diwakili Sahra Dennehy yang berada di ranking ke-21 dunia wanita dan membawa pengalaman daripada jelajah antarabangsa, selain Danni-Elle Townsend yang menghuni ranking ke-23 dunia wanita serta memiliki pengalaman memenangi pelbagai gelaran dan kekuatan permainan di garisan belakang.

    Kehadiran barisan pemain bertaraf dunia itu dijangka menjadikan Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026 sebagai antara kejohanan pickleball paling dinantikan, selain membuka peluang kepada peminat tempatan untuk menyaksikan sendiri aksi pemain terbaik dunia bersama wakil negara.

    Untuk maklumat lanjut dan info terkini hanya di OhBulan dan Vocket. Jumpa Anda di The Hood ataupun saksikan live di Tonton.

    The post Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026: Bintang Pickleball Dunia Gegar KL, Atlet Tempatan Sedia Tunjuk Taring first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah