28.7 C
Kuala Lumpur
Monday, June 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Peminat Kangen Lagu ‘High Note’, Aina Abdul Respon – ‘Dulu Kecam, Bila Takda Baru Nak Rindu’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan komposer, Aina Abdul tampil menjawab luahan peminat yang merindui lagu-lagu bernada tinggi yang selama ini menjadi identiti dan kekuatan vokalnya.

    Artikel Berkaitan: Aina Abdul Perjelas Guna ‘Takda’ Dalam ‘Sadis’ – ‘Perkataan Harian Kita Bila Bercakap’

    Artikel Berkaitan: AJL40: Aina Abdul Janji Kelainan, Sedang ‘Prep’ Vokal & Tak Fikir Soal Menang – ‘Saingan Tahun Ini Kuat’

    ‘Itu DNA saya’

    Aina atau nama penuhnya Nurul Aina Abdul Ghani, 31, berkata, dia tidak akan meninggalkan elemen tersebut kerana nyanyian berteknik dan bernada tinggi sudah menjadi sebahagian daripada DNA seninya.

    Benar kata orang, bila takda baru nak rindu. Dulu korang kecam saya sampai saya benci dengan lagu bernada tinggi.

    Tapi jangan risau, dalam album baharu nanti tetap akan ada lagu-lagu bernada tinggi. Saya tidak akan tinggalkan DNA saya.

    Saya melalui proses pembelajaran selama bertahun-tahun untuk menguasai teknik nyanyian seperti itu. Jadi, sudah tentu saya tidak akan tinggalkannya.

    Aina berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran dua single terbaharunya, Berjauh-an dan Sadis, yang berlangsung di ibu negara baru-baru ini.

    MENARIK:  ‘Dulu Dekta Pun Pernah Hilang Di Tengah Kuala Lumpur’

    Kedua-dua lagu tersebut menampilkan sisi berbeza daripada kebiasaan Aina yang sebelum ini berkonsepkan power ballad, sebaliknya hadir dengan melodi yang lebih santai dan berunsurkan ‘healing’.

    Mengulas perubahan itu, pemenang Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) tersebut berkata, dia mahu membawa peminat menyelami dimensi baharu dalam perjalanan muziknya.

    Cuma untuk fasa baharu ini, saya perlu ‘set the tone’ supaya peminat tidak keliru. Saya mahu membawa mereka ke dunia muzik yang baharu, tetapi dalam masa sama mereka sedar itu masih lagi dunia Aina Abdul.

    Berjauh-an dan Sadis kini boleh distrim di semua platform penstriman.

    The post Peminat Kangen Lagu ‘High Note’, Aina Abdul Respon – ‘Dulu Kecam, Bila Takda Baru Nak Rindu’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah