27.8 C
Kuala Lumpur
Monday, June 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Bersalin Normal Atau Czer, Itu Pengorbanan Seorang Isteri & Ibu..Mereka Bertarung Nyawa’ – Fattah Amin 

    Shopee Sale

    Pelakon, Fattah Amin berpandangan bahawa tiada perbezaan antara proses kelahiran secara normal mahupun pembedahan (Czer) kerana kedua-duanya menuntut pengorbanan besar seorang ibu dalam melahirkan cahaya mata.

    Artikel Berkaitan: Netizen Puji Sikap Amira Othman & Fattah Amin – ‘Tidak Membudayakan Gender Reveal, Baby Bump’

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Orang Nampak Awak Seperti Ibu Tiri, Tapi Saya Anggap Awak Ibu Sebenar’ – Ucapan Talita Buat Watie Sebak

    Artikel Berkaitan: ‘Masa Jumpa Jarir, Saya Sebak Teringat Journey Kakya & Abang Fattah Dari Tahun Lepas’ – Irfan Haris

    Hargai pengorbanan isteri

    " data-video-id="7656099683403599124" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @fattahaminzteam__

    Alhamdulillah Syukur Allah permudahkan semuanya 🤲🏻✨🫶🏻 Selamat berpantang Mummy Jarir 🤍 #fattmira Tiktok Live : fattahamin

    ♬ original sound – FA Team – FA Team

    Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, pemilik nama penuh Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkata setiap ibu melalui pengalaman yang berbeza ketika bersalin.

    Tak kisahlah bersalin normal atau czer, yang penting semuanya dah selamat.

    Bagi saya, sebenarnya tak ada beza pun.

    Bersalin normal atau czer, kedua-duanya adalah pengorbanan seorang isteri dan seorang ibu untuk melahirkan anak.

    Tapi saya saksikan sendiri, memang betullah, sebab itu syurga di bawah tapak kaki ibu.

    Sebab ibu kita yang bertarung nyawa.

    Ada orang rezekinya dapat proses kelahiran itu senang dan mudah.

    Ada juga yang susah, semua orang perjalanan dan pengalaman itu berbeza-beza.

    Dalam masa sama, Fattah menitipkan nasihat agar sentiasa menghargai jasa serta pengorbanan seorang ibu yang sanggup berjuang dan berkorban demi keluarga.

    Tambahnya lagi, para suami wajar menghargai pengorbanan isteri kerana proses melahirkan anak bukan sesuatu yang mudah.

    Hargailah mak awak semua, ini juga peringatan untuk diri saya.

    Kita kena hargai pengorbanan ibu kita.

    Suami pun kena hargai pengorbanan isteri.

    Sebab melahirkan anak ini bukannya satu kerja yang mudah.

    Bercerita lanjut, aktor filem ‘Mat Kilau’ itu turut berkongsi detik isterinya, Amira Othman, mula menunjukkan tanda-tanda awal untuk melahirkan anak sulung mereka, Muhammad Jarir Umar, sejurus selepas waktu Subuh.

    Selepas solat subuh, sudah ada hint.

    Tapi kami masih tidak pasti lagi waktunya.

    Dalam pukul 8.00 pagi macam itu, memang dah sampai masanya.

    Terdahulu, Fattah dan Amira selamat disatukan sebagai suami isteri pada 14 September tahun lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Sepang.

    Untuk rekod, pasangan tersebut selamat menimang cahaya mata sulung mereka yang diberi nama Muhammad Jarir Umar.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] ‘Bersalin Normal Atau Czer, Itu Pengorbanan Seorang Isteri & Ibu..Mereka Bertarung Nyawa’ – Fattah Amin  first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah