28 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    1,600 Penonton Hadir Ke Konsert ‘Hide-Out’, N.Flying Janji Nak Datang Malaysia Lagi!

    Shopee Sale



    Buat julung kalinya, kumpulan k-pop terkenal iaitu N.Flying telah bertemu peminat N.Fia di Malaysia menerusi konsert N.Flying Live ‘Hide-Out’.

    N.Flying gegarkan pentas Malaysia

    Meskipun N.Flying kekurangan seorang ahli iaitu Kim Jae-hyun yang masih berkhidmat dalam tentera tetapi kehadiran Lee Seung-hyub, Yoo Hwe-sung, Cha Hun dan Seo Dong-sung sememangnya berjaya memukau semua penonton yang hadir.

    Konsert N.Flying Liva ‘Hide-Out’ yang berlangsung selama 3 jam menyaksikan keempat-empat idol itu menyajikan persembahan yang cukup bertenaga. Tak dinafikan, lebih daripada 1,600 penonton seakan ‘kerasukan’ melihat N.Flying menyanyi dan menari secara live di depan mata mereka.

    Peminat N.Flying yang digelar N.Fia turut berhibur bersama-sama dan sing along lagu-lagu hit yang berjudul Rooftop, Good Bam, Star, Stand By Me dan banyak lagi!

    MENARIK:  Pujangga Tuju Menyimpan Kisah Peribadi Untuk Diceritakan Melalui Karya Seni

    Menghargai peminat yang hadir ke konsert yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 1 Disember lalu, N.Flying turut melayan permintaan peminat yang mahukan mereka mengulangi dua buah lagu iaitu Awesome dan The Real.

    Melihat daripada sambutan hangat N.Fia, N.Flying berjanji akan kembali semula ke Malaysia dan pada konsert akan datang, pemain drum iaitu Kim Jae-hyun akan turut serta menemui peminat.

    Konsert N.Flying Liva ‘Hide-Out’ merupakan anjuran More Entertainment.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah