25.2 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zara terlentang, pengsan dalam longkang, kata pengawal keselamatan

    Shopee Sale

    Seorang pengawal keselamatan memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini, yang dia menemukan Allahyarham Zara Qairina Mahathir terlentang di dalam longkang dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tengkuknya berdarah, kira-kira 3 pagi pada 16 Julai lepas.

    Linah Mansoding @ Jaliha, 65, yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar sejak 1 Julai 2012 berkata pada hari kejadian kira-kira 2 pagi, dia membuat rondaan di asrama perempuan Blok Rabiatul Adawiyah dan mendapati tiada sebarang insiden luar biasa berlaku.

    “Saya kemudian bergerak ke blok asrama bersebelahan, iaitu Blok Sumayyah yang merupakan asrama perempuan untuk membuat rondaan seterusnya,” katanya yang bertugas dari 8 malam pada 15 Julai hingga 8 pagi, 16 Julai lepas.

    Linah berkata kira-kira 3 pagi, semasa berada di asrama Blok Sumayyah, dia dimaklumkan oleh seorang pelajar ada seorang pelajar perempuan pengsan di longkang berhampiran Blok Rabiatul Adawiyah.

    Wanita berkenaan berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya di hadapan Koroner Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan pada hari kelima prosiding inkues berhubung kematian remaja itu.

    MENARIK:  Prof Ahmat Adam kembali ke rahmatullah

    “Saya terus bergegas ke asrama berkenaan dan mendapati seorang pelajar perempuan yang dikenali sebagai Zara terlentang di dalam longkang asrama dalam keadaan tidak sedarkan diri,” kata warga emas berkenaan.

    Saksi keenam itu berkata dia kemudian segera menghubungi Ketua Warden Asrama Azhari Abd Sagap, dan memaklumkan mengenai kejadian tersebut, sebelum mengambil sekeping gambar mangsa dalam keadaan terlentang di dalam longkang.

    “Setelah Ustaz Azhari sampai di lokasi kejadian, beliau segera menghubungi pihak hospital, dan ambulans tiba kira-kira 4 pagi. Pelajar tersebut telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk menerima rawatan,” kata Linah.

    Wanita itu juga mengesahkan bahawa tiada sebarang kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di blok asrama berkenaan, dan tiada palang besi di koridor bangunan asrama berkenaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah