30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita Tak Tahan Bapa Mentua Didik Anak 8 Tahun Cara Askar – ‘Hal Kecil Pun Dia Akan Terus Libas’

    Shopee Sale

    Seorang wanita meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan bapa mentua yang didakwa keterlaluan semasa mendidik anaknya.

    Artikel Berkaitan: Mamak Puteh Imbas Peristiwa Terima Berita Kematian Bapa Mentua – ‘Aku Tengok Handphone, 300 Panggilan Tak Terjawab’

    Cara didik anak

    Menerusi satu hantaran di Threads, wanita tersebut mendakwa bapa mentuanya mendidik anak menggunakan pendekatan ala tentera meskipun kanak-kanak itu masih kecil.

    Bukan itu sahaja, tindakan bapa mentua didakwa turut meninggalkan kesan fizikal ditubuh anaknya.

    Saya sekarang tak tahu nak buat apa, anak saya sendiri dididik oleh datuk dia iaitu bapa mentua saya dengan cara didikan askar.

    Anak saya akan dipukul di betis kalau dia tak solat, tak mengaji, melawan cakap orang tapi kadang-kadang hal kecil macam tertumpahkan air atau makanan terjatuh dia akan terus libas anak saya.

    Anak saya baru je 8 tahun tapi badan dah banyak parut sebab kesan rotan. Saya bukan tak ambil tindakan, saya dah buat tapi saya sendiri kena belasah sekali.

    Bercerita lanjut, suami kepada wanita tersebut turut didakwa hanya menyokong tindakan bapanya tanpa mengambil sebarang tindakan.

    Suami malah menyokong bapa dia sendiri sebab dia kata dulu kena lagi teruk. Saya tak kisah pun pasal dia cuma saya kisah pada anak.

    Jadi saya kena lindungi dia. Ya kami memang duduk rumah mak mentua. Saya nak keluar dari rumah neraka tu. 

    Sumber: Threads 

    MENARIK:  Daiyan Trisha Nekad Batal Kontrak Selepas Nama Tersenarai, Netizen Puji – ‘Sangat Berani, Artis Pertama Sanggup Terminate’

    The post Wanita Tak Tahan Bapa Mentua Didik Anak 8 Tahun Cara Askar – ‘Hal Kecil Pun Dia Akan Terus Libas’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah