28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRN N Sembilan: Anwar mohon rakyat bagi mandat kukuh pada PH

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim memohon pengundi Negeri Sembilan memberi mandat lebih kukuh kepada Pakatan Harapan (PH) bagi memastikan kesinambungan pentadbiran negeri yang bersih, stabil dan berintegriti.

    Pengerusi PH itu berkata pentadbiran berkenaan akan terus diterajui Aminuddin Harun sekiranya gabungan itu diberikan kepercayaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, 1 Ogos ini.

    “Dengan penuh rendah diri, saya memohon pertimbangan dan kepercayaan saudara-saudari di Negeri Sembilan untuk terus memberikan mandat yang lebih kukuh kepada HARAPAN.

    “Insya-Allah, mandat itu akan memastikan kesinambungan sebuah pentadbiran yang bersih, stabil dan berintegriti di bawah pimpinan saudara Aminuddin Harun.

    “Kepada Allah SWT kita berserah," katanya menerusi hantaran di media sosial.

    Pada PRN 2023, PH dan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri selepas menguasai 31 daripada keseluruhan 36 kerusi DUN. PH memenangi 17 kerusi, BN 14, manakala PN memperoleh lima kerusi.

    MENARIK:  'Kejayaan anjur sidang kemuncak Asean tonjolkan M'sia kuasa diplomasi global''

    Kerjasama itu bagaimanapun berakhir selepas kesemua 14 Adun BN menarik balik sokongan terhadap pentadbiran Aminuddin pada 27 April lalu. Aminuddin kemudian terus mengetuai pentadbiran negeri sehingga DUN dibubarkan pada 5 Jun bagi membuka laluan kepada pilihan raya.

    PH kini bertanding di kesemua 36 kerusi dengan menampilkan 16 calon PKR, 11 daripada DAP dan sembilan Amanah.

    Gabungan itu berdepan BN yang meletakkan 25 calon dan PN di baki 11 kerusi menerusi persefahaman bagi mengelakkan pertindihan sesama mereka. Bersatu pula bertanding secara berasingan menggunakan lambangnya sendiri di 24 kerusi.

    Secara keseluruhan, seramai 103 calon bertanding merebut 36 kerusi DUN, dengan 19 kerusi diperlukan bagi memperoleh majoriti mudah dan membentuk kerajaan negeri.

    Pengundian awal ditetapkan pada 28 Julai manakala hari pengundian berlangsung pada 1 Ogos.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah