29 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita dilapor hilang ditemukan selamat

    Shopee Sale

    Wanita berusia 42 tahun yang dilaporkan hilang di Seksyen 17 di Shah Alam pada Jumaat lepas ditemukan selamat.

    Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata wanita berkenaan disahkan berada di Kuantan, Pahang oleh ahli keluarganya kepada pihak polis lewat malam tadi. 

    “Hari ini (wanita) dia akan pulang ke Shah Alam untuk berjumpa pegawai penyiasat untuk diambil keterangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    MENARIK:  KTMB sedia laporan insiden penumpang tarik brek kecemasan ETS

    Beliau berkata maklumat lanjut mengenai punca kehilangan dan pihak yang menemukan wanita itu hanya akan dapat dikongsikan selepas keterangan selesai direkodkan.

    Semalam, polis meminta bantuan orang ramai mengesan wanita terbabit yang dilaporkan hilang sejak keluar dari rumah sewanya di Seksyen 17 untuk ke tempat kerja di Subang Jaya.

    Kenderaan jenis Mitsubishi Triton yang dipandu wanita itu ketika keluar rumah kemudiannya ditemukan di tepi jalan di Jalan Ampang.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah