30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, August 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wartawan dakwa 'petugas PH' lakukan gangguan seksual

    Shopee Sale

    PRK SG BAKAP | Seorang wartawan wanita membuat laporan polis selepas mendakwa dia diganggu secara seksual oleh seorang lelaki yang juga petugas kempen PH semalam.

    Dalam laporannya yang dilihat Malaysiakini, wartawan terbabit berkata kejadian berlaku pada suatu majlis perjumpaan di antara orang ramai dengan pemimpin kanan kerajaan di Sungai Kechil, Nibong Tebal.

    Katanya semasa menemu ramah Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, dia berasa ada gegaran yang pelik di belakangnya untuk selama sekurang-kurangnya dua minit.

    “Kemudian saya telah berganjak ke belakang sedikit oleh kerana tidak selesa pada ketika itu dan dapati individu tidak dikenali memakai baju merah (di belakang bertulis Pakatan Harapan), berambut panjang (paras bahu) dan berkopiah yang melakukan perbuatan tidak senonoh,” katanya.

    Dalam laporan itu juga, wartawan terbabit memaklumkan bahawa suspek telah disoal siasat oleh beberapa individu yang turut berada di tempat kejadian.

    Bagaimanapun, katanya, lelaki terbabit menafikan ada berbuat demikian.

    Katanya walaupun terdapat kesan basah pada seluar lelaki berkenaan, dia mendakwa itu adalah kesan air kerana dia baru keluar dari tandas.

    MENARIK:  Pembedahan katarak isteri 'pak cik petai' berjaya

    “Beliau mengaku dia adalah (petugas) media yang mengikuti calon (PH), sedangkan ketika itu calon masih lagi berada di dalam dewan,” katanya.

    Sementara itu, dalam sidang media hari ini, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata dia baru dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

    Bagaimanapun Saifuddin memberi jaminan polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung kes tersebut.

    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Chong Boo Khim mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada wartawan berkenaan dan kes itu sedang disiasat.

    Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada pihak berkuasa ada menahan mana-mana individu atau sebaliknya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah