31 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pembedahan katarak isteri ‘pak cik petai’ berjaya

    Shopee Sale

    Isteri kepada peniaga petai Mohd Noor Saad atau dikenali sebagai 'pak cik petai' susulan video tular di media sosial bulan lepas, selamat menjalani pembezahan katarak pada mata kanan hari ini.

    Astiah Yaakob, 64, yang menjalani pembezahan itu di sebuah hospital swasta di Seremban pagi tadi, bersyukur kerana pembezahan berjalan lancar dan berterima kasih kepada mereka membantunya.

    "Sebelum ini mata kiri sahaja boleh nampak dengan jelas manakala mata kanan akan berair dan kabur jika memandang lama. Insya-Allah selepas ini penglihatan akan bertambah baik," katanya kepada pemberita selepas tamat pembezahan hari ini.

    Mohd Noor, 67, ketika ditemui menzahirkan rasa syukur kerana niat merawat mata isterinya dapat dilaksanakan dalam masa singkat, membolehkan isterinya itu melakukan rutin harian dengan lebih baik selepas bertahun-tahun bertahan dengan penglihatan yang kabur.

    Beliau berkata operasi pembezahan katarak menggunakan laser itu dapat dilakukan segera hasil keprihatinan ramai dan bantuan pelbagai pihak terutamanya dari hospital terlibat.

    MENARIK:  Maxim, Indrive diberi amaran tegas patuhi syarat perkhidmatan - Loke

    Sementara itu Pakar Perunding Oftalmologi, Retina Perubatan dan Uveitis Hospital Columbia Asia Dr K Sangeeta berkata katarak mata kanan Astiah berada pada tahap kritikal, serius dan keras.

    “Bagaimanapun pembezahan berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi dalam tempoh 30 minit dan kita berharap beliau dapat menjalani kehidupan lebih baik dengan penglihatan lebih terang selepas ini,” katanya.

    Kisah Mohd Noor menjual petai bagi mengumpul wang untuk pembezahan mata isterinya diketahui ramai susulan penularan video yang memaparkan dia mencampak petai ke atas jalan sebagai protes kerana dihalang berniaga oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) .

    Bagaimanapun perselisihan faham itu selesai secara baik selain Mohd Noor juga menerima sumbangan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai ganti rugi petai tidak dapat dijual pada hari kejadian.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah