35.1 C
Kuala Lumpur
Friday, August 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sejak bila peruntukan kena beri pada ahli parlimen? – Anwar

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa peruntukan kerajaan yang disalurkan ke kawasan Parlimen bukan hak eksklusif seseorang wakil rakyat berkenaan.

    Beliau berkata peruntukan kerajaan itu diberi kepada rakyat bagi menyediakan pelbagai kemudahan untuk meningkatkan keselesaan dan taraf hidup rakyat di kawasan tersebut.

    "Peruntukan tak semestinya beri kepada Ahli Parlimen. Peruntukan diberi kepada rakyat. Sejak bila kita kena beri kepada Ahli Parlimen? Kalau ada peruntukan RM2 juta (dengan) RM2 juta itu (disalurkan) kepada rakyat, sekolah, sekolah agama, masjid, baiki longkang…itu semua kita akan lakukan.

    "Dasar itu terpakai sejak dahulu, mereka Ahli Parlimen (dari) dulu mereka tahu. Sekarang, dia (Ahli Parlimen) menentang, jadi bila dia menentang, kita salurkan terus kepada rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas solat Jumaat di Masjid Ar-Rasyidin di Alor Gajah hari ini.

    Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan dan Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar.

    MENARIK:  Najib nafi jadi pengarah bayangan SRC

    Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas dakwaan beberapa Ahli Parlimen yang mendakwa peruntukan untuk mereka disekat kerajaan.

    Sementara itu, ditanya mengenai tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar yang memohon untuk melepaskan jawatannya semalam, Anwar berkata Nurul Izzah mempunyai urusan lain untuk diberi perhatian buat sementara.

    "Dia ada program khas di luar sekejap, jadi saya (kata) tak apa, dan kita boleh terima baik...tapi dia masih aktif dalam parti," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah