27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, August 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Darah Seni Atau Jalan Pintas? Fenomena ‘Nepo Baby’ Yang Semakin Hangat Diperkatakan Dalam Hiburan Malaysia

    Shopee Sale

    Jika dahulu istilah ‘anak artis’ sekadar merujuk kepada generasi kedua dalam dunia seni, hari ini label ‘nepo baby’ pula semakin kerap digunakan setiap kali muncul wajah baharu yang mempunyai hubungan keluarga dengan figura terkenal.

    Istilah ‘nepo baby’ atau nepotism baby merujuk kepada individu yang dilihat memperoleh kelebihan awal kerana datang daripada keluarga yang sudah mempunyai nama dalam industri.

    Walaupun istilah ini mula popular di Hollywood, perbincangan mengenainya kini turut berlaku dalam dunia hiburan tempatan. Namun, sejauh mana tanggapan itu benar?

    Artikel Berkaitan: POV XTRA: ‘Ada ‘Kabel’ Itu Rezeki, Tapi Bakat Tentukan Siapa Kekal’ – Sweet Qismina Pertahan ‘Nepo Baby’

    Artikel Berkaitan: POV XTRA: ‘Banyak ‘Cable’ Boleh Guna, Tapi Bakat Tetap Penting’ – Odda Akui Gelaran Anak Selebriti Buka Peluang

    Nama keluarga mungkin buka pintu, tetapi bukan jaminan

    Tidak dinafikan, anak kepada selebriti sememangnya mempunyai kelebihan tertentu. Mereka lebih awal mengenali dunia seni, mempunyai rangkaian kenalan dalam industri dan sering mendapat perhatian media sejak awal kemunculan.

    Bagaimanapun, ramai pemerhati berpendapat kelebihan itu hanya membantu membuka peluang pertama. Untuk kekal relevan, seseorang artis tetap perlu membuktikan kemampuan menerusi bakat, disiplin dan prestasi.

    Dalam era media sosial, penonton juga semakin kritikal. Sekiranya persembahan tidak memenuhi jangkaan, nama besar keluarga tidak lagi menjadi “tiket” untuk terus diterima.

    ‘Saya tetap kena uji bakat’

    Antara selebriti yang pernah tampil menjawab label tersebut ialah penyanyi muda Odda (Auddra Zulkifli), anak kepada pasangan selebriti Sharifah Shahirah dan Ijoy.

    Berdasarkan temu bual bersama Gempak, Odda, ramai menganggap dirinya mendapat laluan mudah hanya kerana berasal daripada keluarga seni, sedangkan hakikatnya dia tetap perlu melalui proses yang sama seperti artis lain.

    Ramai yang kata ‘nepo baby’ ini kerja mereka semuanya mudah sahaja. Tanggapan itu sebenarnya salah. Walaupun bergelar anak selebriti, saya tetap kena menghadiri sesi uji bakat.

    Tambahnya lagi, dia juga menerima teguran daripada pengarah di lokasi penggambaran seperti pelakon lain dan tidak pernah menganggap status keluarganya sebagai tiket kejayaan.

    ‘Saya tak mahu hanya bergantung kepada nama ibu bapa’

    Pandangan hampir sama turut dikongsikan penyanyi dan pelakon Azeva, yang merupakan anak kepada bekas pasangan Ameng dan penerbi Datuk A. Aida.

    MENARIK:  Guru Al-Quran Maut Kemalangan, Saksi Dedah Jenazah Bersih Tanpa Darah – ‘Hentaman Sangat Kuat Tapi Hanya Luka Di Dagu’

    Menerusi laporan Utusan Malaysia, Azeva mengakui dia tidak dapat lari daripada gelaran ‘nepo baby’, namun enggan menjadikan nama besar keluarganya sebagai sandaran.

    Memang ibu bapa saya selebriti. Bukan salah saya jika bapa saya seorang penyanyi legenda dan ibu pula penerbit.”

    Katanya lagi, ibunya sendiri tidak membenarkan dia berlakon selagi belum benar-benar bersedia kerana tidak mahu dirinya hanya bergantung kepada pengaruh keluarga semata-mata.

    Bukan semua anak artis mendapat layanan istimewa

    Pelakon Mila Mohsin juga pernah berdepan persepsi sama apabila dipilih memegang watak utama dalam pementasan teater muzikal Puteri Gunung Ledang.

    Memetik sumber XTRA, anak kepada Allahyarham Hani Mohsin dan Puan Seri Tiara Jacquelina, dia memahami mengapa sesetengah pihak mempersoalkan pemilihannya, namun menegaskan dia melalui proses uji bakat sebelum diberikan kepercayaan menjayakan watak tersebut.

    Baginya, biarlah hasil kerja menjadi ukuran sebenar dan bukan tanggapan berdasarkan latar belakang keluarga.

    Antara kelebihan dan tekanan

    Ironinya, menjadi anak kepada selebriti bukan sekadar membawa kelebihan, malah hadir bersama tekanan yang tidak dialami oleh kebanyakan pendatang baharu.

    Mereka sering dibandingkan dengan pencapaian ibu bapa, berdepan jangkaan tinggi daripada peminat dan mudah menjadi sasaran kritikan sekiranya gagal memberikan persembahan terbaik.

    Dalam banyak keadaan, mereka juga perlu bekerja lebih keras untuk membuktikan bahawa kejayaan yang diraih bukan semata-mata hasil nama keluarga.

    Bakat tetap menjadi penentu

    Hakikatnya, nama keluarga mungkin membuka pintu pertama, tetapi tidak mampu memastikan seseorang terus bertahan dalam industri yang semakin kompetitif.

    Dalam dunia hiburan hari ini, penonton mempunyai kuasa untuk menentukan siapa yang benar-benar layak kekal di atas. Dan seperti yang dibuktikan ramai artis generasi kedua, gelaran ‘nepo baby’ mungkin membuka ruang untuk dikenali, tetapi hanya bakat, kerja keras dan konsistensi yang mampu memastikan nama mereka terus relevan.

    The post Darah Seni Atau Jalan Pintas? Fenomena ‘Nepo Baby’ Yang Semakin Hangat Diperkatakan Dalam Hiburan Malaysia first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah