27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Warga emas maut dilanggar pemandu dipercayai mabuk

    Shopee Sale

    Wanita warga emas maut selepas dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu seorang lelaki warga asing yang disyaki berada di bawah pengaruh alkohol ketika sedang melintas jalan di Jalan Lembah Permai, Tanjung Tokong, di George Town, lewat malam tadi.

    Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu, mangsa berusia 67 tahun yang tercampak ke atas jalan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

    Beliau berkata berdasarkan siasatan, kemalangan dipercayai berlaku ketika SUV dipandu lelaki berusia 51 tahun sedang bergerak dari arah Jalan Mount Erskine menghala ke Jalan Tanjung Bungah.

    MENARIK:  ULASAN | Kor Ming dan wartawan: Garis halus kebebasan dan sensitiviti

    “Semasa tiba di tempat kejadian SUV telah terlanggar pejalan kaki yang melintas dari kiri ke kanan jalan. Akibat kemalangan, pejalan kaki tersebut telah tercampak ke atas jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Abdul Rozak berkata pemandu SUV itu disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had dibenarkan, berdasarkan hasil ujian saringan yang dijalankan.

    Beliau berkata polis telah menahan lelaki terbabit dan perintah reman akan dimohon bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah