25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Vigneswaran pertahan jawatan presiden MIC buat kali ketiga

    Shopee Sale

    Tan Sri S A Vigneswaran mempertahankan jawatannya sebagai presiden MIC buat kali ketiga berturut-turut selepas memenangi jawatan itu tanpa bertanding untuk penggal 2024-2027 pada pengundian bagi jawatan tertinggi parti.

    Timbalan Presiden MIC yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Presiden parti itu Datuk Seri M Saravanan mengumumkan perkara itu selepas Vigneswaran muncul sebagai satu-satunya calon untuk jawatan berkenaan apabila pencalonan ditutup pada pukul satu tengah hari tadi.

    Vigneswaran menerima sokongan daripada 3014 daripada 3060 cawangan MIC di seluruh negara.

    Pada pengundian lepas, Vigneswaran turut memenangi jawatan itu tanpa bertanding.

    "Saya berterima kasih kepada seluruh warga MIC dan ketua-ketua cawangan kerana memberi sokongan kepada saya untuk memimpin parti buat kali ketiga" katanya selepas proses pencalonan itu di ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur.

    Mengenai fokus utama MIC selepas ini pula dia berkata parti itu akan menumpukan perhatian kepada pembinaan ibu pejabat baharunya yang kini merangkumi tiga blok.

    "Bangunan baru itu akan merangkumi tiga blok biarpun sebelum ini kami memang merancang untuk membangunkan dua blok sahaja, dan ia mengambil masa empat hingga lima tahun untuk disiapkan.

    MENARIK:  Pemuda PAS cabar Umno tinggalkan kerajaan perpaduan

    "Satu blok akan dikhaskan untuk ibu pejabat MIC, satu untuk Institusi Pembangunan Pendidikan Maju (Mied), dan satu lagi untuk pangsapuri dan hotel," katanya kepada pemberita selepas sesi pencalonan hari ini.

    Selain itu katanya kepimpinan MIC penggal ini juga akan melatih dan memberi peluang kepada golongan muda untuk memegang tampuk pemerintahan masa akan datang.

    Vigneswaran berkata MIC juga akan mempereratkan kerjasama bersama Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti) yang telah terjalin setahun lalu dalam memperjuangkan hak serta hala tuju masa depan masyarakat India di negara ini.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah