26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Utusan Sarawak, Mingguan Sarawak henti edisi cetak bermula esok

    Shopee Sale

    Utusan Sarawak dan Mingguan Sarawak akan menghentikan penerbitan cetakan akhbar itu bermula esok selepas penerbitannya sejak tahun 1949.

    Perkara itu dimaklumkan Penasihat Editorial Eksekutif Utusan Sarawak, Kadir Dikoh dalam satu tulisan "Selamat tinggal versi cetak Utusan Sarawak" yang disiarkan hari ini.

    "Akhbar Utusan Sarawak dan Mingguan Sarawak juga akan memberhentikan penerbitan cetakan (printed version) mulai esok, Jumaat 28 Feb 2025.

    "Mulai Sabtu 1 Mac 2025, Utusan Sarawak akan menjalankan operasi pemberitaan dalam talian sepenuhnya iaitu versi web, App's Utusan Sarawak dan Facebook Utusan Sarawak.

    "Hakikatnya, dunia hari ini hampir segala-galanya dikuasai paparan secara digital, online dan sebagainya.

    "Kira-kira 20 tahun lalu, orang ramai yang bersarapan pagi di kedai kopi sambil membaca akhbar cetak, hari ini hampir tiada. Sebaliknya semua 'melekat' melihat dan membaca melalui telefon bimbit," tulis Kadir.

    MENARIK:  PAS jamin tak ganggu cara hidup orang bukan Islam jika tawan Selangor

    Menurut Kadir, Utusan Sarawak juga tidak terlepas terkena tempias daripada ledakan media sosial serta teknologi digital lain seperti media arus perdana di negara ini.

    Bahkan media tertua di dunia juga turut terkesan dengan revolusi ini.

    Oleh itu katanya, Utusan Sarawak juga mengikut trend semasa dengan menggandakan liputan secara dalam talian.

    "Utusan Sarawak melalui platform media sosialnya, FB (Facebook) Utusan Sarawak pula adalah yang pertama di Malaysia menggunakan pembaca berita buletin malam menggunaan janaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

    "Selamat tinggal versi cetakan Utusan Sarawak dan Mingguan Sarawak," katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah